Nak Bersedekah Tapi Tidak Berharta

Nak Bersedekah Tapi Tidak Berharta

Nak Bersedekah Tapi Tidak Berharta

Kadang-kadang mungkin ada di antara kita yang nak bersedekah, tapi harta yang ada sekadar mencukupi untuk diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja. Untuk nak bersedekah, dah tak cukup duit dah.

Takpe. 
Jangan risau.

Islam tu kan agama yang rahmat. Bukan orang kaya je boleh buat pahala. Orang susah pun boleh buat pahala jugak.

Kalau takde harta, rupa-rupanya kita boleh jugak bersedekah macam yang dalam gambar kat atas tu bagitahu. 
Bersedekahlah dengan cara mengeluarkan tutur kata yang baik, senyuman yang tulus dan perlakukan orang lain dengan akhlak yang baik.

MashaAllah.

Bukankah Allah itu Maha Adil kepada semua hambaNya? :") 

Kaya atau miskin kah kita, sudah tidak boleh menjadi alasan untuk tidak bersedekah lagi kan? Sebab kita dah tahu caranya kalau Nak Bersedekah Tapi Tidak Berharta.

Kenapa ya agaknya berakhlak dengan akhlak yang baik itu juga dikira sedekah?

Hmm, cuba kita fikir.

Kalau kita tengah berjalan dan terjumpa orang. 

Sorang lalu depan kita dan bagi senyuman yang penuh tulus ikhlas, sorang lagi muka masam mencuka. Ha, yang mana yang akan buatkan hati kita lapang dan berbunga-bunga?

Dah pasti semua pun akan jawab bila tengok muka orang yang senyum tu kan?

Sape je yang suka kalau tengok muka orang masam mencuka. Hihi

Tapi, tak bermakna jugak kalau kita nampak orang muka masam terus boleh kita bersangka buruk pulak ye.

Tak.

Cuba bersangka baik dulu. Mungkin si dia tengah ada masalah, mungkin juga dia dalam kepenatan. Atau mungkin memang rilex face dia macam tu dan dia pun tak perasan pun kehadiran awak di situ. Hihi

Kawan-kawan saya yang rabun kadang tu meluah jugak, katanya risau dikata sombong. Padahal dorang tak nampak atau cam orang yang menegur. Hihi memang dilema orang rabun agaknya tu  ya?

Berbalik kepada topik asal. 

Berharta juga tidak menjamin pun untuk menjadikan kita seorang yang dermawan. Kan? Kadang kita boleh tengok pengemis di jalanan, bila mereka dapat makanan terus dikongsi dengan rakan-rakannya. Saya biasa tengok video macam ni dekat YouTube.

Padahal mungkin kalau dikongsinya makanan tu, malam nanti belum tentu dia akan ada makanan lain untuk dimakan.

Walaupun mereka itu tidaklah kaya dengan harta. Mungkin mereka itu kaya jiwa, budi dan akhlaknya. 

MashaAllah.  

Terus, kita ini bagaimana? 

Adakah kita kaya harta? 

Adakah kita kaya jiwa? 

Kaya budi dan juga akhlak? 

Tepuk dada tanyalah hati. Mudah-mudahan kita termasuk orang yang kaya. Bukan hanya kaya harta, tapi juga kaya jiwa. Kerna itulah kaya yang sebenar-benarnya kaya. ;) 



Post a Comment

6 Comments

  1. senyum... tak perlu kata apa-apa ;-)

    ReplyDelete
  2. Ya..Moga kita terus kaya..kaya dengan sikap sikap murni...

    ReplyDelete
  3. nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. tapi kalau nak kaya perlu bersedekah. sbb the more we give the more we get

    ReplyDelete
  4. KSarie cuba sedaya upaya sedekahkan senyuman pada sesiapa yang KSarie jumpa. Tapi sebab masih pakai mask ni kadang-kadang senyumnya tak sampai heheheh

    ReplyDelete
  5. sedekah dalam bentuk lain selain duit.. hehe

    ReplyDelete
  6. bab rabun di sangka sombong tu, yes, ada sorang ofismet.
    dia tak suka pakai specs sebab rabun dia sgt sedikit.
    namun, rabun dia tu tak nampak raut wajah org dari jauh.
    so, if dari jauh kita senyum kat dia, dia memang buat tak tau aje.
    kami yg tau ni, faham dah.
    tapi yg baru kenal, disangkanya dia sombong :) ha ha ha ha...

    bersedekah byk cara. memudahkan org lain, bersedekah juga.
    tak semestinya dgn harta benda, kan :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.