Semester lepas adalah semester yang sangat kelam-kabut buat aku. Baru rasa 'feel' master tu sebab aku ambik maximum credit hours. Berbeza sangat dengan semester satu yang mana merupakan semester honeymoon akulah, sebab aku cuma ambik pre-requisite subjek. Assignment pun tak banyak macam semester lepas. Harhar salah sendirik jugak sebab tak research betul-betul sebelum daftar subjek.

But heyy!
Alhamdulillah, aku dah pun selesai dua semester rupanya. Sekarang, aku dah pun semester tiga! Macam biasalah masa ni, kadang-kadang kita tak sedar pun dia bergerak meninggalkan kita. Kalau kita gunakan dengan baik ataupun sebaliknya, masa akan tetap berjalan. Kalau kamu tidak memotongnya, nescaya ia akan memotongmu. Yup, itulah masa. Macam pedang!

Semester ni, aku ambik credit hour sama macam semester lepas. Jadi, please be prepared untuk menghadapi kesibukan assignment dan jurnal/paper yang perlu dibaca. Hehe in shaa Allah you can do it Fatihah!

Disebabkan UIA ni bukak semester agak awal, jadinya aku dah pun berada di UIA sekarang. Pagi semalam aku sampai UIA dan sepatutnya ada dua kelas semalam, pagi dan petang. Kelas pagi (pukul 9) aku tak sempat pergi, kelas petang (pukul 2) pulak pergi tapi kelas batal. Hari ni pulak aku dah masuk kelas tadi. Tapi, lecturer buat kelas kejap je. Biasalah, minggu pertama biasanya pengenalan subjek jerlah kan. Student yang masuk pun berapa kerat je, masing-masing masih sibuk dengan add/drop subjek lagi. Hehe
So, new semester, new start, new motivation! 
In shaa Allah, moga Allah bantu dan permudahkan segala urusan kita. Jujur aku cakap semester lepas memang ada waktu yang aku rasa sangat-sangat down. Tapi, I have to be strong and keep going! Ingat, belajar kerana Allah. Belajar ni pun boleh jadi saham untuk akhirat tau Fatihah. 

Bila kita dah set dalam minda kita yang kita belajar kerana Allah, result okey ke tak okey ke. Selagi mana kita dah usaha, kita akan rasa tenang je. Ya, mungkin kadang-kadang result kita tak seperti yang kita mahukan. Tapi, kita tau penat lelah kita belajar tu pun dah jadi satu mujahadah dan moga-moga dapat jadi bekal buat kita di akhirat sana. So, jangan putus asa dan teruskan usaha! Okey? :') 

Alhamdulillah a'la kulli hal.

Sibuk manapun dengan belajar ilmu duniawi, jangan lupa kena ngaji ilmu fardhu a'in jugak ye. Yang ni wajib tau. Kat UIA ni banyak je kuliah-kuliah. Tinggal nak dengan tak nak je. Ya Allah, jangan Kau sibukkan aku dengan hal-hal duniawi yang tiada manfaat untukku. Semoga apa yang aku buat kat dunia ni akan memberi keuntungan untuk akhiratku.

Doakan aku ya teman-teman. Moga kita menjadi hamba yang soleh/ah dan manusia yang berguna untuk agama, masyarakat dan dunia. Banyakkan memberi dan sebarkan cinta/kebaikan. Sama-sama kita usaha deh. ;)