Tatkala Ujian Datang Menjengah

Wednesday, November 15, 2017

Ya, setiap dari kita pasti ada waktunya akan terasa seperti diri kitalah yang paling berat ditimpa ujian. Diri kitalah yang paling susah. Tanpa kita sedar, ujian yang sering kita keluh kesahkan itu ternyata datang berserta dengan seribu satu hikmah. Ah, memang kita manusia sering terlupa dengan nikmat yang terlalu banyak kita terima dari Allah, Sang Pencipta. Kerna nikmat yang dikurniakanNya itu, cuma kita tahu untuk nikmati sahaja tanpa mahu bersyukur.

Sejujurnya, hatiku kebelakangan ini rasa kurang tenang, gelisah. Padahal ada sahaja sahabatku yang datang mengadu masalahnya yang padaku jauh lebih besar dari masalahku yang tidak seberapa. Terus, aku berikan kata-kata semangat untuk dia terus bangkit. Tapi, bila tiba saatnya aku diuji. Aku seperti sudah terlupa dengan kata-kataku sendiri. Benarlah, berkata-kata itu ternyata senang. Tapi, untuk melaksanakannya bukanlah semudah yang disangka.

Petang tadi, aku terjumpa kawanku yang sudah agak lama tidak ketemu. Tidaklah rapat, cuma bekas rakan sekelas pada semester lepas. Lalu, kutanyakan khabar beliau dan juga sahabat kami yang merupakan sahabat baiknya. Katanya, sahabat kami itu bersalin pada cuti semester lepas dan dia tidak meneruskan pengajian untuk sem ini. Mungkin akan sambung ke sem hadapan. 

Alhamdulillah, sahabat kami itu sihat-sihat sahaja. Tapi, anaknya ada masalah jantung berlubang. Dari semenjak lahir lagi. Aku yang mendengar jawapan sahabatku itu terus terfikir besarnya ujian untuk beliau. Moga beliau terus kuat untuk hadapinya.

Lalu, aku cuba untuk refleksi diri. Ujianku bukanlah sebesar ujian yang sahabatku tadi hadapi. Tapi, aku ini lemah sekali untuk menghadapinya. Malu juga bila mengenangkannya. Kata muslimat qawiyy, jiwa kental, hati sado. Heh, tapi mudah benar untuk rebah. Sedangkan kita punya Allah. Segalanya diserahkan kepada Dia. Tatkala lemah, kembalilah kepada Dia. Tatkala senang juga, kembalilah kepada Dia.
Tatkala  Ujian Datang Menjengah
Duhai diri, teruslah kuat. Tak mengapa untuk kau merasa lemah. Tapi, jangan berlama-lama. Kerna nikmat Allah itu terlalu banyak. Tidak terhitung jika mahu dibandingkan dengan ujian yang perlu kau tempuhi. Lihatlah saudaramu di Palestin, Syria dan Rohingya. Mereka bertarung nyawa untuk meneruskan hidup. Kau pula masih mampu mengisi perut sehingga terlebih kenyang, tidur berselimut sehingga terlewat subuh. Tapi, kau kata beratnya ujian yang menimpa engkau. Apa kau tak tahu bersyukur?

Sahabatku.

Mungkin, kalau ada di antara kalian yang membaca ini sedang dalam masalah (ujian) tidak kiralah besar atau kecil. Kembalilah kepada Allah. Boleh jadi Allah bagi kalian ujian kerana Dia nak dekatkan dirimu denganNya. Teruslah bersangka baik dengan Allah. Okeyy? 

Kemudian, bagi yang masih punya ibu bapa. Telefonlah mereka, ziarahlah mereka. Mereka syurga kita. Mintak ampun salah silap dengan mereka. Mintak mereka doakan kita. Doa ibu itu sangat mustajab tau. Jangan sia-siakannya. Jangan tunggu sampai semua tu dah tak ada, baru kita nak terhegeh-hegeh menangis tak berlagu. Teruskan berbakti dan khidmah untuk mereka. Sebaik mungkin. In shaa Allah. Redha Allah itu letaknya pada redha kedua ibu bapa. Bila Allah redha, in shaa Allah hati pun akan tenang-setenangnya. Serius, cubalah sendiri kalau tak percaya. :)

Akhir kata, moga apa yang aku tulis menjadi peringatan untuk diriku sendiri. Menjadi saham di akhirat nanti. Ambil yang baik, tegur mana yang silap. Okeyy?

Tulisan ini aku tulis dah lama jugak, masa jiwa tak berapa nak stabil gittew. Ni dah edit sikit2. Moga ada manfaatnyalah untuk sesiapa yang membaca ye. ;)

You Might Also Like

16 comments

  1. sabarlah insyallah good days are coming. tak saja-saja kita diuji =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, so true! Setelah kesusahan, pasti akan datangnya kesenangan. ;)

      Delete
  2. Amin..insyaAllah..apa pun kembali kepadaNya..ssh senang..gembira sedih...kepada DIA tuju bagi yang utama dan pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 200%! Allah lah tempat kita bergantung. Kan? :)

      Delete
  3. Tak mudah tapi tak salah mencuba, skurg2nya kan? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, sekurangnya kita dah mencuba apa yang kita mampu. Fasobrun jamiil! ;)

      Delete
  4. terima kasih kata kata semangat..benar..at least bila baca tulisan ni menyedarkan dan menaikkan semangat..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Seronok dengar kalau ada yang dapat kesan positif dari penulisan kita. :)

      Delete
  5. Yang penting, kita tahu kita ada DIA kan,.. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga kita sabat dan berlapang dada menghadapi ujianNya. Mmg tak mudah tp kita mampu. Masing2 ada bahagian masing2. Semoga ujian menguatkan iman kita. Dan semoga dipermudahkan urusan kita akan dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen in shaa Allah. Keep strong! Allah with us. :D

      Delete
  7. good read. thnk you for the reminder. we all have our ups and downs so be strong and in shaa Allah we'll get through it.

    ReplyDelete
  8. ok lupe nak gtau, i followed you here #1083

    feel free to visit and follow my new blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Salam kenal ye. Dah follow your blog jugak! :D

      Delete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)