Langit Petang | Book Review + Appreciation Post

Thursday, November 16, 2017

Langit Petang | Book Review + Appreciation Post to KimChaa

Penulis: A. Samad Said
Publisher: Lejen Press
ISBN: 978-967-0591-49-0
Mukasurat: 178ms

Sinopsis Langit Petang - Goodreads

Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan. Beliau cukup bersyukur kerana masih dapat bernafas di atas bumi merdeka meskipun beliau tidak mendapat penghargaan atas pejuangannya dulu.

Hafiz pula bekas wartawan. Dia mengembara ke Pantai Timur untuk menikmati keindahan alam dan mencari ilham untuk karyanya.

Zakiah pula seorang wanita yang berdendam dengan lelaki kerana kejadian waktu silamnya.

Dan mereka bertiga hidup berjiran. Mereka bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka.

Langit Petang - My Review 

Alhamdulillah, aku baru jer habis baca buku Langit Petang ni malam tadi. Aku suka sangat buku ni, walaupun ada part-part yang aku tak berapa berkenan. Maksud tak berkenan tu bukan dari segi penulisan tapi dari segi pegangan dan pemikiran karakter dalam buku ni je. Hehe normallah tu kan?

Bila aku baca buku ni, aku seolah-olah terbawa-bawa ke dalam situasi yang diceritakan.  Penangan penulis veteran yang hebat dan berpengalaman mungkin salah satu faktornya kan? Bijak bermain dengan emosi pembaca.

Terutamanya, bahagian Hafiz yang pergi megembara ke Terengganu. Aku juga seorang pencinta alam. Jadi, bila digambarkan bagaimana Hafiz cuba untuk menjadi "perasa" terhadap alam, aku juga berusaha untuk turut merasa. Tidak kira sama ada ketika indahnya deru ombak di pantai ataupun juga ketika getirnya banjir melanda. Kedua-duanya dinikmati dan diambil pengajaran dengan caranya yang tersendiri.

Pak Ariff dan Zakiah ternyata dua sosok tubuh yang sangat berbeza pemikirannya. Tapi, pegangan hidup yag berbeza bukan bererti mereka harus bermusuhan dan saling membenci. Aku sangat menghormati cara hidup yang seperti ini. Sangat harmoni dan tulus.

Bukankah itu juga yang diajarkan di dalam islam. Memandang orang dengan pandangan mulia. Tiada siapapun yang lebih rendah dari kita, hatta seekor anjing kurap pun!
Manusia yang tahu erti perjuangan ini saja yang dapat menikmati bunyi keretapi, burung melayang, calar-calar awan dan jalur-jalur cahaya mentari. Manusia seperti ini sentiasa berterima kasih kepada Tuhan atas apa saja yang dapat dilihatnya, sekecil mana pun.
Jalan cerita tidaklah terlalu klise dan ada juga unsur suspen. Tapi, kalau baca sinopsis di GoodRead ada spoiler sebenarnya. Tapi jangan risau, aku dah delete part spoiler tu kat atas. Hehe peace yo!

Ouh, lepas aku scroll review dekat GoodRead tu aku baru perasan sinopsis yang sama rupanya digunakan dekat belakang buku ni. Serius, spoiler yang sangat dahsyat sebenarya. Nasiblaa aku ni sejenis yang baca sinopsis tanpa penghayatan yang banyak sangat. Aku tak perasan pun, bila khatam buku and baca balik sinopsis, barulah aku perasan.

Aku taktaulah kalau dalam buku penerbitan lama macam mana kan? Tapi, seriously guys. Jangan baca sinopsis dekat GoodRead dan belakang buku terbitan Lejen Press! Melainkan kalau korang nak baca part spoiler tu lah kan? Hmmm.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Langit Petang | Book Review + Appreciation Post to KimChaa

Buku Langit Petang ni aku dapat daripada KimChaa sempena Giveaway Preloved Buku yang beliau anjurkan awal tahun hari tu. Terima kasih banyak-banyak sebab anjurkan Giveaway ni, happy sungguh saya bila buku ni sampai kat rumah hari tu. ;)

Memang lambat sangat buat appreciation post ni, Tapi, sebenarnya dah ucap terima kasih dekat post instagram dah. Hehe

Sorry gambar kat blog makin tak lawa sebab phone dah jatuh banyak kali dan kamera dia jadi macam kelabu sikit. Kamera pulak tinggal kat rumah. Hiuhiu

You Might Also Like

9 comments

  1. Hasil karya org lejen ni selalu ada jalan penceritaannya yg tersendiri. Jauh beza dgn karya novel yg ada skrg ni yg lbh pada cinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha true. Penulisan Pak Samad banyak dikaitkan dengan alam. Suka sangaat penulisan macam tu.

      Novel sekarang ada, tapi tak banyak sangat.

      Delete
  2. Benar sekali. Islam memandang orang dengan pandangan mulia. Siqah pulak jenis suka baca sinopsis kat belakang buku. Kalau dah itu pun ada spoiler, adoi..

    Review buku Siqah buat mesti ada spoiler jugak kan? Huhu. Kadang2 jadi confius nak buat review buku, untuk rujukan kita di masa akan datang atau rujukan pembaca yang berminat nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergantung sis. Boleh je nak buat review yang ada spoiler, tapi kena warning dekat awal post lah kot. Hehe

      Delete
  3. macam menarik je jalan ceritanya.. bolehlah cari nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. lama anis tak baca buku dr lejen press..

    ReplyDelete
  5. karya penulis agung memang tip top

    ReplyDelete
  6. org lama punya pemikiran dan idea...x bleh disangkal lg

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)