Anak Buah Keenam | Second Princess!

Sunday, November 19, 2017

Alhamdulillah, tak sangka pulak rasanya yang saya dah ada anak buah enam orang. How time flies. Rasa baru je kakak-kakakku kahwin. Hehe

Anak buah kali ni perempuan jugak. Adiknya kepada Abang Long Furqan dan Kakak Husna. So, macam biasalah setiap kali buat entry pasal anak buah kenalah tag entry2 zaman muda yang saya cerita pasal anak buah kan?


Hah, tudiaaa! Makin lama makin panjang list. Nampak tak apa maksudnya di situ? Achiknya pun dah makin menualah. Haha :P

Okey baby ni due dia dilahirkan adalah pada awal bulan Oktober haritu sebenarnya. Tapi, sebab dia nak jadi geng September jugak macam kami (uminya, Achiknya and sepupunya Faqih) maka dia pun keluarlah awal seminggu. Hee gurau je. Baby baru 25, saya 26 kakak saya dengan Faqih pulak 28 September. Memang kalau nak sambut birthday boleh sambut sama-samalah kan? ;)

Jadi, syukur ke hadrat Ilahi, anak buah putri kedua saya ini selamat dilahirkan pada 25 September 2017 bersamaan 4 Muharram 1439H hari Isnin.

Anak Buah Keenam | Second Princess!

Masya Allah, Abang Long is sooo excited and Kakak Husna is maintain ayu. And baby pulak masa ni dah berusia lebih 40 hari. Tu yang macam dah agak besar sikit tuu. :)
Ouh lupa nak bagitau nama baby. Baby solehah ni diberikan nama Nur Hanan. Doakan kebaikan untuk Nur Hanan ye uncle and auntie sekalian. 

Anak Buah Keenam | Second Princess!

See, Kakak Husna is soo ayu kan? Kalah Achik dia ni tau. Kakak saya cakap Husna sekarang ni asyik nak pakai tudung je. Dalam rumah pun mintak nak pakai tudung jugak. Haha kenapa comel sangat awak ni? 

Buat anak-anak buahku,
Ketahuilah bahawa kalian akan membesar dengan pantasnya. Tanpa kalian sedar akan waktu yang bergerak dan berlalu meninggalkanmu. Nikmatilah usia kecilmu. Bermainlah. Menerokalah. Belajarlah.

Apa yang terpenting belajarlah adab terlebih dahulu. Mungkin jika kalian sudah mulai ke sekolah, pelbagai ilmu akan diberikan. Kalian akan didesak untuk mendapat markah yang tinggi di dalam setiap peperiksaan. Tapi, bagi Achik itu tidaklah sepenting adab yang harus kalian punya di dalam diri kalian. :)

Dalamilah ilmu agama sedari kecil lagi. Usah ditunggu dewasa baru mahu mendalaminya. Kerana usia hidup kita ini tidaklah terlalu lama. Dan ketahuilah anak-anakku, zamanmu nanti pastinya akan lebih mencabar dari zaman sekarang. 

Kuatlah! Berpegang teguhlah dengan agama, in shaa Allah kalian akan kuat untuk melawan arus modenisasi yang kadang-kala semakin menakutkan.

Ikutilah contoh yang terbaik buat kita, penghulu sekalian alam. Nabi Muhammad ﷺ dan putrinya Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Jadikanlah mereka ikon ikutan kalian dan cintailah mereka! In shaa Allah, dengan cara itu kalian akan berjaya dunia dan akhirat! :)

Okey done bebel! Time to continue my assignment. 

Before that, Marhaban ya Rabiul Awwal. Bulan kelahiran Rasul yang kita cintai. Ayuh, perbanyakkan selawat. Sekurang-kurangnya 100 kali sehari ya. Cuba amal dan cuba istiqamah. Okeyy? ;)

Segala pesanan untuk mak sedara depa jugak sebenarnya. Sebagai peringatan untuk diriku yang sering terlupa. 

You Might Also Like

12 comments

  1. Comel sgt anak buah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem, ikut Achik dia kott. :P

      Delete
  2. Alhamdullilah. Congrats Fatihah dapat anak saudara baru. Lagi seronok bila next year boleh sambut birthday sama-sama, September babies! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Yeayy, tazzabar! Hehe

      Delete
  3. tahniah, comel2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe hadza min fadhli Robbi. ;)

      Delete
  4. sweetnya achik ni bagi ucapan macam untuk anak2 sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, termalulah pulak. Hehe :P

      Delete
  5. cutenyaaaa! semoga jadi anak2 yg soleh :D

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kann, tahun depan bertambah lagi in shaa Allah. Hehe

      Delete
  7. alololo tomey nyer diaaaaa

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)