Study Week Oh Study Week

Monday, May 15, 2017

Study Week Oh Study Week

Yup, minggu ni adalah minggu belajar atau study week untuk UIA. Tapi, saya dah selesai satu paper dah pun hari ni. Kihkih. Esok satu paper lagi kemudian cuti-cuti Malaysia untuk dua minggu lebih. Then, barulah last paaaaaper pada 2 Jun nanti. Fiuuuh, lama tuh cuti.

Haa, tengok gambar laptop saya kat atas tu. Time-time ni lah dia nak buat hal. Haha ujian di musim exam. Tapi, kalau jadi macam kat atas tu saya rileks je sebenarnya sebab dah biasa sangat jadi macamtu. Tapi, kali ni dia taknak masuk charging. Bukannya rosak plug ataupun wire ya sebab lampu kat laptop still nyala menunjukkan ada arus elektrik mengalir di situ. Cuma, dia taknak charging je. 😫😫

Dah dua hari jugaklah macamni. Kadang-kadang dia jadi jugak charging. Haha dia main cakcak dengan saya. Kejap elok kejap tak. Sebab dia nak bergurau dengan saya, tak pasal-pasal saya jadi baguih pergi study dekat library sebab nak pakai PC. PC library pulak boleh pakai dua jam je sehari. Sabar jerlaa. Hmmm. Saya ni dahlaa sejenis yang suka study terperuk kat bilik. Takpelaa kan, pasti ada hikmah di sebalik musibah. Positif okeh! ;)

Tapikan, sekarang ni alhamdulillah laptop kesayangan saya ni dah boleh charging. Tadi saya call mak abah saya dan cakap pasal laptop ni. Mungkin berkat doa mereka, laptop ni boleh hidup. Lama hidup ni, dah tak main cakcak dah. Moga terus sihat ye wahai lappy. 

Lagipun, laptop ni dah agak berusia. Saya pakai dia dari zaman matrik lagi. Mungkin dia pun penat jugak berkhidmat kepada saya. Hihi takleh nak salahkan dia kalau dia sakit sikit-sikit. Lumrah barang lama.

Hmmm, exam tadi boleh tahan jugak susah dia. Subjek Introduction to Education. Soalan yang ditanya macam agak krikkrik sikit. Rasa macam apa benda yang dia nak ni sebenarnya. Haha normallah tu kot kan. Harap result okey jerlah nanti.

💗💗💗💗💗💗💗

Okeh, cukup dengan cerita sendu tu. Saya nak bagitahu yang lusa inshaAllah saya balik kampungggg! Tiket dah beli. Yeuhuuu, tak sabar pulak rasa. InshaAllah, awal Ramadhan dekat rumahlaa tahun ni. Tapi, sebelum berseronok kat rumah. Kena settle kan exam esok, lepastu bila dah balik rumah kena datang pulak sini untuk seketul paper lagi. Huk aloh! 

Lagi ape ek nak cerita, rasa macam banyak je sebelum ni nak cerita. Tapi, biasalah bila dah duk depan lappy tetiba je modal bercerita hilang dibawa angin lalu. Hmm, sekadar itu dululah kot. Doakan saya dan sahabat-sahabat untuk dapat jawab exam dengan baik dan cemerlang. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Amiin.

You Might Also Like

13 comments

  1. Good luck Fatihah utk incoming exam. Dan take care masa balik kampung nanti. Dapat lah berpuasa dengan mak abah ye.

    ReplyDelete
  2. all the best jawab exam! syukur laptop tu dah elok jugak.
    balik kampung elok2 nanti :D

    ReplyDelete
  3. Good luck for your exam :D

    ReplyDelete
  4. All the best for exam.lappy tu xsihat kena bagi kasih sayang lebih sikit

    ReplyDelete
  5. InshaALLAH dik. Akak doakan semoga diterangkan hati dan dilapangkan dada untuk menjawab soalan peperiksaan nanti. :)

    ReplyDelete
  6. Moga Ana dipermudahkan urusan peperiksaan ya..selamat sampai ke kampung..seronok tu sambut Ramadhan di kampung dengan keluarga..

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan menjawab exam!

    ReplyDelete
  8. selamat study ya ana... jgn tido jgn curi2 tgk drama korea jgn stay up late ;-)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah laptop dah boleh charging semula. senang hati Fatihah nak belajar sekarang kan. Good luck Fatihah in your exam okay :)

    ReplyDelete
  10. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dear Fatihah..
    Lepas exam cuti, yeayyy..
    Good luck, akak doakan semoga segala urusan Fatihah dipermudahkan..

    ReplyDelete
  11. Bismillah. All the best! Salam Ramadhan. <3
    https://typewriterzone.blogspot.my/2017/05/ahlan-wa-sahlan-ramadhan.html

    ReplyDelete
  12. Good luck Fatihah... dan selamat berpuasa juga. Time-time kritikal memang selalu laptop buat halkan? Sabar je lah... Ada hikmah.

    ReplyDelete
  13. tabahlah guna laptop yang ada selagi boleh. tapi kalau dah x boleh buat apa, beli baru jugaklah endingnya.hehe

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)