Penulis: Ustaz Shafie Abd. Rahman
Publisher: Yamani Angle Sdn. Bhd
ISBN: 978-967-052-510-5
Sekarang bilik penjara 24 itu tidak gelap lagi. Barulah Zainab Al-Ghazali nampak semua yang ada di dalam bilik itu. Dia mengucap dan beristighfar panjang. Rupa-rupanya tujuan Zainab dimasukkan ke dalam bilik itu adalah untuk menyeksanya. Di dalam bilik kurungan itu terdapat beberapa ekor anjing garang yang dikurung sekali bersama-samanya. Jelas sekali anjing-anjing itu sengaja dibiarkan untuk menggigit Zainab.Itulah natijah yang terpaksa Zainab hadapi demi perjuangannya. Namun itu sedikitpun tidak menumbuhkan rasa kesal dalam jiwanya. Keberanian, kecekalan dan ketabahan serta semangat juang Nusaibah binti Kaab menjadi inspirasinya ketika menghadapi cubaan dalam kehidupan dan perjuangannya bagi mendaulatkan kembali syariat Islam di bumi Mesir. Sahabiah yang tidak pernah pudar semangat juang berjihad di jalan Allah itu menjadi idola perjuangannya.
💝💝💝💝💝💝💝
Buku Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir ini sejujurnya aku ambik masa yang agak lama untuk dikhatamkan. Buku ni tentang seorang tokoh wanita Islam di Mesir yang berpengaruh dan merupakan pengasas kepada Jemaah Sayyidah Muslimah.
Aku memang slow reader kalau baca buku yang jenis sejarah atau fakta macamni. Aku akan mudah berangan, kiranya aku baca je tapi otak aku tak mampu nak brain. Baca tapi dalam kepala aku ni taktau apa-apa. Gitulaa maksudnya.
Tapi, buku ni sebenarnya agak membantu jugak untuk aku baca sampai habis sebab penulis buatkan buku ni macam novel. Kiranya ada dialog dan plot. Bukan sekadar fakta macam dalam buku sejarahlah kiranya.
Penulis cuba untuk buat buku Sejarah yang kebiasaannya jarang orang minat menjadi lebih menarik dengan buat ke bentuk novel. Untuk aku yang memang noob kalau bab sejarah ni, memang sangat membantulah kan. Walaupun mengambil masa yang masih agak lama, tapi mampulah jugak khatamkan.
Kalau korang biasa baca buku dari penulis terkenal untuk buku-buku tokoh/sejarah Abdul Latif Talib atau Pak Latif. Haa, lebih kuranglaa gaya penulisan beliau dengan Ustaz Shafie ni.
Banyak sangat input dalam novel ni yang boleh kita dapat. Sejarah Mesir, Jemaah Ikhwanul Muslimin, Jemaah Sayyidah Muslimah dan banyak lagi. Kita juga akan dapat lihat betapa besar pengorbanan para pimpinan-pimpinan terdahulu demi untuk membawa Islam.
Tidak kurang juga tokoh-tokoh yang dikenakan hukuman bunuh hanya kerana ingin menegakkan syariat Islam. Lagi menyedihkan, hukuman dijatuhkan oleh pimpinan yang juga merupakan orang yang beragama Islam. Tak pelik sangatpun sebenarnya, sampai sekarang pun kita boleh tengok orang Islam sendiri yang takut dengan syariat Islam. Orang Islam sendiri yang nak menjatuhkan agama Islam. Hmmm.
Apapun, moga kita bukanlah dari golongan yang menyebabkan Islam itu lemah. Kalau boleh biar diri kita ni pun ada sumbangan untuk Islam. Kalau dah takleh sangat, jangan pulak menjadi parasit kepada agama kita sendiri atau lebih teruk lagi menjadi penunggang agama!
Jadi, kalau korang cari buku pasal srikandi Islam atau nak tahu pasal jemaah Islam di Mesir bolehlaa baca buku Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir ni. InshaAllah, bermanfaat.
20 Comments
Sama lah shaf, slow gila kalau buku bab sejarah, sangat lemah bab sejarah SPM pun dapat C tu pun syukur sebab lulus haha.
ReplyDeleteBtw, memang Srikandi Zainab Al Ghazali sangat menharumkan kaum muslimah, bagaimana mungkin kalau kita di tempat beliau utk bertahan ujian sekuat tu kan? Diuji dengan dunia sekarang pun dah lesu down. Moga aku pun boleh jadi sekuat beliau. Allah yarhamuha.
Betullah tu Shaf. Nak jadi kuat kena dekatkan hubungan dengan Allah kan? InshaAllah, Amiin.
DeleteAku akan mudah berangan, kiranya aku baca je tapi otak aku tak mampu nak brain -- 👉samalah kita 👈
ReplyDeleteMula2 baca komen ni terkejut kejap sebab ingatkan akak cakap aku dgn kita. Lepastu baru perasan eh, ayat sendiri rupanya. Hihi
DeleteAkk byk buku tulisan Pak Latib, ank yg belikan. Tapi satu pun tak khatam lagi, camane tuh, haha.
ReplyDeleteHaha. Biasalaa tu kak. kena cuba slow2 laa kot. hihi
DeleteSaya baca kat atas tu pun dah rasa seram.
ReplyDeleteBetul tu Tuan. Walaupun Zainab ni perempuan tapi seksaan yang dikenakan ke atas beliau sama je dengan lelaki. Kejam sangat.
DeleteEihh.. samalah kita. slow reader gak. tapi lagi slow kalau baca novel. tak boleh nak brain babak-babak tertentu dalam tu. hihihi. Apapun buku ni memang sangat bermanfaat. Sedih baca perjuangan dia dikurung dan diseksa sebegitu sekali. :'(
ReplyDeleteKann. Memang tak berperikemanusiaanlah orang yang sanggup jatuhkan atau jalankan hukuman macamtu. Huhu
DeleteSuka juga baca buku2 tentang Srikandi Islam,..memang tak termampu kita nak jadi seperti mereka.
ReplyDeleteTulah, tapi kita kena berusaha ke arah itu lah kan. Walaupun susah sangat. :')
Deletekalau gaya penulisan macam Pak Latif, mesti best buku nie, :)
ReplyDeleteharitu pegi kedai buku sempat baca sinopsis dia je.. hehe
ReplyDeleteto be frank, I love history and based on your review, I should give this book a try.. Boleh bagi pinjam tak..? hahahhaa
ReplyDeleteMestilah boleh. Kalau ada dekat. Hikhik
DeleteSetuju..musuh orang Islam tu adakalanya adalah orang Islam sendiri. I really should read books like this more often. Malu pulak, biografi pemain bola boleh dikhatam
ReplyDeleteHihi. Takpe2 kak. Slow2 kita cuba mengenal tokoh Islam. :)
DeleteBest kan baca penulisan Abdul Latif Talib tu 😍 Senang meresap dalam jiwa. Cara dia olah sejarah tu boleh buat sy bayangkan kejadian yang diceritakan terutama sejarah perang Islam 😢
ReplyDeletetgk nama sahaja dah tahu akan ketokohannya orangnya...
ReplyDeletesuka sejarah tp mmg amik ms juga laa nak habiskan hehehehe
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.