Saya Tak Ada Masa Nak Baca Quran!
Saya bukan taknak baca Quran, tapi tak sempat. Tak ada masa nak baca al-Quran.
Rasanya kebanyakan dari kita memang biasa sangat dengar ayat ni kan? Ataupun mungkin juga ayat di atas keluar dari mulut kita sendiri. Atau mungkin jugak paling tidakpun terdetik dekat hati kita.
Saya tak kata dekat orang lain, saya kata dekat diri sendiri sebenarnya.

Tapi pelik, kenapa dekat phone kita notification selalu je kosong. Semuanya terbaca. Malah, tak pernah miss. Kitalah juara online. Normally, blogger memang selalu online dan ada connection pantas kan? Uhuk uhuk.

Sebab sebenarnya masa itu harus dicari, bukan hanya ditunggu. Kalau keutamaan kita untuk baca Quran tu taktahu dah jatuh ke nombor berapa. Mestilah tanpa kita sedar, kita tak pernah punya masa untuk baca Quran pun. Kan?

Luangkan masa. Cari masa khusus untuk kita baca Quran. Contohnya, waktu di antara Maghrib dan Isyak. Buat syarat atau rules dekat diri sendiri, waktu tu kita wajib usahakan untuk baca Quran. No internet and no smartphone!

Buat target. Contohnya dalam masa sehari, aku mesti paling kurang baca satu muka! Bila kita buat target, kita akan rasa susah hati kalau tak tercapai kan. Bila dah ada target, barulah kita akan ada usaha untuk capainya. InshaAllah.

Dan kemudian, mungkin target tu kita boleh tambah dari sehari ke sehari. Ya, memang tak mudah. tapi juga tak mustahil. Setiap apa yang kita nak lakukan perlukan kesungguhan dan kesabaran. Mungkin kalau untuk sehari dua senang je untuk kita amalkan. Tapi, untuk lakukan sepanjang hidup kita memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Kalau tak takdelaa kita di bulan Ramadhan senang je baca satu juzuk setiap hari. Tapi, bila habis je Ramadhan. Masuk Syawal, terus momentum kita untuk baca Quran berkurang. Malah, siap cuti seminggu lagi sebab sibuk sangat beraya ke rumah-rumah terbuka. 👀

Saya Tak Ada Masa Nak Baca Quran!

Dengan membaca Quran, hati kita akan menjadi tenang. Pernah tak kita rasa hati kita gelisah? Kadang-kadang disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, kadang-kadang tanpa kita sendiri tahu puncanya. Lalu, cubalah ambil Quran dan baca. Pasti akan kita rasai ketenangannya.

Bukan setakat baca, hanya dengan mendengar pun kita dah boleh rasai ketenangan. Pernah tengok video dekat YouTube yang depa bagi non-muslim dengar bacaan al-Quran? Ada yang sampai menangis dan mostly memang cakap al-Quran yang mereka dengar tu memberikan ketenangan.
The miracle of al-Quran! :)

Kalau saya, suka sangat kalau mak saya tengah baca Quran mulalaa sibuk pergi menempel dekat dia. Kadang-kadang pegi baring atas riba. Yang ni biasa kejap je bertahan sebab lepastu kena marah sebab dia penat, kepala berat sangat. Haha

Lagi satu, kalau boleh setiap orang dari kita punya satu al-Quran sendiri. Lagi bagus kalau yang ada terjemahan. Pilihlah yang cantik-cantik yang boleh bagi semangat untuk kita bukak setiap hari. Kalau minat warna pink, carik yang warna pink. Minat hijau, carik yang hijau.

Saya punya warna pink walaupun saya peminat hijau. Dah pernah beli yang warna hijau, tapi adik saya ambik pulak. Sebagai kakak yang baik, saya terpaksalah mengalah lol. Yang pink ni dapat hadiah masa Explorace Kembara Al-Quran first year degree dulu. Hihi

Dekat smartphone, downloadlah apps al-Quran. Mana tahu, sambil-sambil naik bas atau LRT boleh bukak phone dan baca. Senang kan? Cuma nak bukak apps al-Quran berbanding bukak apps yang lain, yang tu tak senang.

Last but not least, Al-Quran masa kita kecik-kecik dulu selalu kita peluk bawak pergi belajar mengaji. Kan? Sekarang, bila dah pandai dan dewasa takkan sekadar kita letak di atas meja tak berusik. Bukankah al-Quran itu yang akan menjadi penolong kita di akhirat kelak?

Persoalan untuk kita sama-sama renungkan.