Done Medical Check-Up!

Done Medical Check-Up!

Alhamdulillah. Syukuuur sangat bila dah siap buat medical check-up. Semalam, seharian saya duk kat hospital. Dari jam 9.40 pagi masuk, keluar pulak dah nak dekat pukul 4.00 petang. Perghhh, memang betullah penantian tu satu penyeksaan. Haha

Saya dah ke hospital kelmarin, tapi kena buat appointment dulu. So, semalam lah baru boleh buat medical check-up. Ramai sungguh orang. Lepas ambik nombor dekat kaunter and isi borang tunggu kejap then buat bayaran. RM20 untuk buat medical checkup ni.

Lepastu, pegilaa buat X-ray, urine test and check mata,tinggi apa semua tu. Last sekali nak jumpa doktor. Part yang nak jumpa doktor ni lah paling lama kena menunggu. Yang sebelum2 tuu smooth je perjalanannya. Kihkih.

Dari jam sebelas lebih sampai pukul tiga lebih baru dapat masuk bilik doktor. Padahal kejap je nak jumpa doktor. Nak buat macam mana kan, ramai sungguh orang kat hospital. Mesti doktor pun berganda-ganda jugak penatnya nak jumpa ramai patient yang pelbagai karenah ni. Hihi. Terima kasih buat doktor-doktor dan nurse-nurse yang bekerja dengan seikhlas hati membantu pesakit-pesakit.

Apapun, alhamdulillah. Sehat semuanyaa. Syukur ya Allah atas nikmat kesihatan yang Kau berikan pada hambaMu ini.
Moga nikmat ini digunakan dengan sebaiknya dan sentiasa disyukuri. Ayuh sama-sama ucapkan alhamdulillah. Bersyukurlah.. :)



Post a Comment

10 Comments

  1. Alhamdulillah atas kesihatan yg baik ye Ana

    ReplyDelete
  2. kita yg penat tunggu pun kadang hilang sabar inikan pulak doctor n nurse yg non stop layan karenah pesakit... lagi lah stress kot..tahniah kpd mereka kerana kesabaran mereka.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah for your good health ana :)
    Nak buat medical check up jugak this year :)

    ReplyDelete
  4. rajinnya pergi medical check up

    ReplyDelete
  5. buat medical checkup kat hospital memang lambat. len kali kalau nak cepat sikit, boleh try buat kat klinik2 luar2 ni. sat ja siap Insyaa Allah... :)

    ReplyDelete
  6. Hm.medical checkup utk apa tu

    ReplyDelete
  7. singgah sini bt promosi nicereload.com

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.