Erk! Sejujurnya dah dua tiga kali saya duk taip dan padam tajuk untuk entry kali ini. Lol.
Sebenarnya begini, saya tahu kebanyakan remaja termasuk saya (eh, remaja lagi ke?) sangat mudah untuk jatuh cinta. Terutamanya wanita. Yes, wanita. Why? Because we have soft heart, ingin mencintai dan dicintai. Auwww, so sweet. :)

Hey, tak salah tau nak rasa macam tu. Memang kita perlu cinta dan sayang pada semua orang. Kerana dari situ juga akan lahirnya nilai tolong-menolong, kerjasama dan ambil berat. 
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
But, masalahnya adalah apabila kita tersalah cinta. Cinta yang membawa kerosakan. Cinta yang membawa kelalaian. 
Kecik-kecik lagi dah pandai crush dan secret admire bagai..

Ok dah2 merapu, saya memang lemah betul dengan pendahuluan nih. Terus ke main point okey! :)


Kurangkan Membaca Novel Cinta
Novel ataupun kisah-kisah cinta ni boleh buat kita rasa terbuai-buai. Lepastu mulalaa rasa manisnya lahai bercinta ni. Nak ada pakwe jugaklaa. Nak ada makwe jugaklaa. Nanti ada orang nak caring kat kita. Gittuuuw!

Sama jugak sebenarnya situasinya dengan menonton filem-filem ataupun drama-drama cinta nih. Bercinta sakan tanpa menjaga ikhtilat dan benda tu seakan-akan sudah menjadi norma masyarakat kita. Ingat, benda yang biasa orang buat tak semestinya betul dan benda yang jarang orang buat tak semestinya salah.
Islam itu kan datang dari keadaan asing dan akan kembali asing. :)

So, please. Kurangkan, nak stop terus pun bagus juga. Kalau nak baca jugak pasal cinta, pilihlah buku yang mengajarkan cinta menurut Islam. Tidak melanggar syariat. Buku Hlovate, Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha, Ustaz Pahrol Juoi antara contohnya.

Menjaga Pandangan
Pernah dengarkan dari mata turun ke hati. Haa! Betullaa tu. Bila kita tak jaga pandangan, ramailaa orang yang kita nampak. Eh, manisnya.. Eh, handsomenya.. Dan ingat, bukan lelaki je kena jaga pandangan, wanita pun sama tau.

Menjaga pandangan ni bukanlah bermaksud kita takleh pandang langsung orang berlainan jantina. Sampai nak berjalan pun langgar tiang lampu. No! Pandang jerlaa, tapi jangan lama2, jangan nak tenung2, jangan nak sengih2 menggedik. Okeh?

Bila kita jaga pandangan, hati kita pun akan terjaga.
Oh, btw jaga pandangan di alam maya jugak ye! ;)

Berurusan Hanya Ketika Perlu
Ini fokus kepada yang berbeza jantina sahaja ye. Kalau untuk kaum sejenis tu, awak nak borak sampai ke Subuh pun silakan asal tidak sampai terlajak solat dan tidak buat perkara yang melanggar syariat.

Namun, apa yang menduka citakan sekarang terlalu ramai anak muda yang menganggap berborak kosong dengan rakan berlainan jantina itu perkara biasa. Terutamanya apabila di alam maya. Virus ini bertambah parah apabila turut terkena kepada mereka yang berada di bawah jalan dakwah dan tarbiah.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai sahabat saya yang sebelum ini katanya tiada perasaan terhadap si lelaki tetapi akibat selalu berbalas mesej akhirnya terbitlah rasa cinta.
Mulanya memang tidak mahu ber'couple tapi bila dah sayang, sukarlah untuk menolaknya. :'(

Sibukkan Dengan Cinta Allah Dan Rasul
Yup! Inilah bagi saya yang paling penting. Sibukkan dengan cinta Allah dan rasul. Pasti, kita akan terkejut kerana dengan automatiknya kita akan terlupa tentang cinta dunia. Sibuk mengejar ilmu hingga tiada masa untuk bercintan-cintun. ;)

Cinta Allah dan rasul itu jauh lebih manis. Menenangkan dan membahagiakan.



Point ni pun dah cukup rasanya untuk mengawal rasa untuk bercintan-cintun ni. Sebenarnya mungkin banyak lagi tips-tips lain, tapi bagi saya inilah antara cara saya menjaga diri saya. Hehe. In shaa Allah, sama-sama kita cuba amalkan. Semoga memberi kebaikan kepada saya dan juga kepada anda.

Jom kejar cinta Allah dan rasul. :)