5 Tempat Wajib Lawat di Bandung

Tempat Wajib Lawat di Bandung

Aku dah lama sangat nak buat entry 5 Tempat Wajib Lawat di Bandung ni sebenarnya. Tapi, macam biasalaa disebabkan masalah bertangguh entry ni hanya mampu dipublish setelah hampir setahun kemudian. Masha Allah sisturrrr! 😃


Takpelaa, so let's proceed!



Flying Fox di Wisata Grafika Cikole, Lembang

Dekat sini kita akan disajikan dengan pandangan yang menghijau, banyak pokok2 yang tinggi dan sangat cantik untuk photoshoot. Boleh juga melakukan aktiviti flying fox dengan harga yang murah!
Kat sini jugak ada rumah Seven Dwarf. Depa punya patung pun ada jugaklah. So, bolehlah kalau korang nak datang kenal2 dengan depa. Kihkih.

Kat belakang tu Cecep yang sangaaat banyak tolong kami.
Salah satu dari dwarf, aku taktau nama dia apa~



Ke Rumah Hulk di Farm House, Lembang
Dekat Farm House ni tiket kita boleh tukar dengan susu yang pelbagai perisa. Ada strawberri, coklat and original kalau tak silap aku. Kat dalam ni, banyak sangat bangunan2 yang menarik dan jugak binatang macam biri2 dan arnab yang teramat comel. Jinak-jinak pulaktu. Boleh gi usap, belai2 lagi.

Rumah Hulk. Grrrr! Yang aku pegang tu adalah bekas susu yang kita akan dapat.
Food Hunting di Floating Market, Lembang
Korang wajib datang sini kalau korang nak merasa makanan Indonesia yang best-best. Sebab apa? Makanan yang aku makan kat sini semuanya sedap belaka dan harga pun berpatutan. Dah nama pun floating market, sah2 lah sesi jual beli di atas sampan. Hehe

Acah-acah photographer kejap. 😆

Time for food hunting! 😋
Menikmati Keindahan Alam di Kawah Putih Ciwidey
Masuk sini kena naik bukit sikit. Jangan risau, bukan jalan kaki pun tapi korang akan dibawa naik kenderaan yang dinamakan ontang-onteng (kalau tak silap). Naik atas ni dalam 15 minit je, lepastu akan ada announcement suruh turun sebab takut tak elok untuk kesihatan. Kalau nak beli mask kat sana ada je disediakan, tapi kami tak beli pun.
Kat atas ni, memang subhanallah sangaaaat cantik. Rasa tenang je bila tengok air yang membiru tu walaupun takleh sentuh dengan tangan.

Kesegaran Air Terjun Pelangi
Serious talk, air kat atas ni memang sejukk sangat. Kalau biasanya kita nak pegi air terjun kena daki bukit kan? Yang ni rare sikit, kita kena turun bukit. Tapi, no worries ada tangga. Walaubagaimanapun, still semput okeh?! Haha. Tapi, percayalah bila korang lihat keindahan dan kesegaran air terjun Pelangi hilang rasa penat. Air sejuuuuuk sangat macam air simpan dalam peti ais. Ada gerai jugak kalau nak pekena kopi ataupun teh sebelum mendaki naik tangga untuk pulang. Hoyehhhh!
I really love this picture! 💗
Nak baca lagi travelog Bandung aku? Boleh baca kat sini. 😁


Post a Comment

19 Comments

  1. Skrg banyak tempat menarik dekat Bandung. Mcm kena pergi blk jer 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. So true kak. Saya yg pegi thn lepas ni pun tak sempat nak pegi semua tempat menarik. Lepastu tgk ada pulak tempat2 baru yg best2 muncul. Adehh.

      Delete
  2. seronoknya dapat melawat ke sana.part air terjun yang paling teruja huhu

    *jemput join segmen pertama ira ^^, http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/01/pencarian-bloglist-februari-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same! Saya pun paling teruja dengan air terjun. Pegi mana2 mesti akan cuba cari air terjun. Hehe

      Delete
  3. Replies
    1. I know rightt?? Cantik sangat!! :)

      Delete
  4. wahh lawanya bandung :D rasa cam nak pergi pulak hehe
    anyway baru perasan fly up button tu :p

    jemput singgah blog saya ya.. and checkkan kalau awak boleh view my chatbox, because i can't :(

    be-readers.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh? Baru perasan. Hihi. Ok, I will inshaAllah. ;)

      Delete
  5. Cantiknya air terjun tu!!! Subhanallah.

    Bestla dapat jalan-jalan tempat orang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. memang sangat cantik! :)

      Delete
  6. Kawah Putih tu cantik sangat viewnya =)

    ReplyDelete
  7. cantiknya air biru, air terjun pun best.
    tetiba teringin nak pergi sana jugak :D

    ReplyDelete
  8. cantiknya air terjun tu.. hehe

    ReplyDelete
  9. teringinnya nak pergi kawah putihhhh!

    ReplyDelete
  10. Cantiknya semua tempat ❤ Siqah teringin nak ke bandung, tapi tue lah one day. Takde orang nak teman. Hehe.

    Lawanya air terjun. Haih syok mandi kat situ. Air sure sejuk je 😍

    ReplyDelete
  11. Terkesima ngan air terjun tue... mesti syok! :D (dtg sini kenal n follow)

    ReplyDelete
  12. kalau nature, bandung mmg superb. kalau suasana bandar... awal2 lg sy surrender ;-)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.