31.12.2016

Saturday, December 31, 2016


31.12.2016
Today is the last day for 2016!
So, tomorrow will be a new year.

2017, please be nice to me.
Usia pun makin meningkat lagi setahun. Huhu
Moga semakin meningkatnya usia kita, semakin bertambahlah amalan kita.
Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah.
InshaAllah.

Kat sini saya nak share satu reminder dari group Whatsapp family saya. Reminder for us.

.

TERLENA

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena.

Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..

Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib *hidup* menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?

Lalu tiba-tiba menjelmalah *usia* di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil *menunggu Sakaratul Maut* tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

Astaghfirullah, *ternyata tidak seberapa* sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika *Sakaratul Maut*?

Tambahkan usiaku ya Allah, aku *memerlukan waktu* untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita *menyia-nyiakan* waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

*Perlu berapa tahun* lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun *tidak akan pernah cukup* bagi orang-orang yang terlena.

Ustaz Ahmad Nasir

.

Sama-sama kita buat yang terbaik untuk 2017.
Niat yang baik2 dan berusaha untuk jadi baik.
InshaAllah, we can do it! ;)

You Might Also Like

6 comments

  1. Happy New Year! Semoga berbahagia sentiasa and semoga berjaya ^^

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru kak :)

    ReplyDelete
  3. Assalamulalaikum! selamat tahun baru .. betul masa pantas, kita terleka Allahu :( moga Allah bimbing selalu

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru. Sekejap jer dah 2017.

    ReplyDelete
  5. thn bertambah... amal kita... apa khabar agaknya kan?

    ReplyDelete
  6. Happy new year ana :) Semoga tahun nie lebih baik buat ana :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)