Penulis: Khairi Abdullah
Publisher: KOMRAD
ISBN: 978-967-13700-4-9

khairulabdullah
Kreatif atau tak senonoh? Meh 
Aku beli buku ni sebab ternampak post kawan aku kat media sosial. Then, aku tengok tajuk dia macam menarik. Cover dia? Hmmm, agak kreatif bagi aku. Dekat area lubang jamban tu memang ada lubang pun and bila kau tengok kat page dalam dia, ada gambar otak sebenarnya.. So, memang kreatif right? Haha

Buku ni banyak tegur pasal perangai orang kita, Malaysia. Perangai buruk yang biasa orang kita buat. Then, penulis bandingkan dengan perangai atau peraturan dekat Jepun atau German. Penulis sememangnya mempunyai pengalaman dan pernah tinggal kat sana untuk pengetahuan korang. Jadi, penulis cerita berdasarkan pengalaman beliau.

Antara yang menarik adalah penulis ada mengatakan yang orang Malaysia ni semua ada deria keenam. Nak tau kenapa? Sebab orang Malaysia suka sangat tak bagi signal kalau nak belok kiri atau kanan. Apakah kerana rakyat Malaysia sememangnya mempunyai deria keenam yang membolehkan mereka tahu kereta di depan mereka nak membelok walaupun tidak diberi signal. Of course not! Itu hanyalah sindiran dari penulis kepada insan2 yang tak suka bagi signal ni. Sindiran yang cukup padu bagi aku. Kalau tak paham, taktau nak cakap apa. Hmmmm.

Kemudian, turut disentuh tentang bagaimana rakyat Malaysia berjanji dengan orang Jepun berjanji. Kalau kita berjanji, susahnya nak jumpa orang yang akan betul2 tepat waktu. Tapi, kalau rakyat di negara Jepun, mereka sangatlah menitikberatkan waktu walaupun satu minit.
Aku pernah dipesan supaya berjanji dengan orang jangan ikut janji melayu, tapi ikutlah janji islam. Weh, kalau janji islam pun berani lagi nak lewat2. Memang nak kena tumbukan padulaa. Lagi satu, bila cerita pasal tepat janji dan masa ni. Aku teringat lagi yang kawan aku pernah cakap.
Kalau datang tepat pada waktu yang dijanjikan, itu bermakna kau lambat. Dan kalau kau datang awal daripada waktu yang dijanjikan, itu barulah dikatakan awal.
Aku pun tak sure dia petik kata2 tu dari mana. Tapi, aku rasa bagus untuk dipegang dan diikut.

Tu dua contoh perangai rakyat Malaysia yang ditegur oleh penulis. Banyak lagi yang penulis sentuh dan bandingkan dengan negara maju Jepun dan German. Perbandingan yang dibuat bukanlah untuk merendah-rendahkan Malaysia, tapi bagi mengambil pengajaran dari negara2 mereka yang mengamalkan perangai yang sangat berdisiplin.

Bila baca, memang banyak jugak macam kena penampor kat diri sendiri. Haha. Tapi, kena teruskan untuk baca sampai habis sebab sangat banyak input yang dapat aku ambik dari buku ni. InshaAllah, kita cuba ubah ke arah yang lebih baik.

Jangan lupa islam pun sangat mengajarkan kita untuk menjadi berdisiplin. Jadi, kenapa kita sebagai umat islam susah sangat untuk ikut peraturan yang jelas2 untuk kebaikan bersama.

Ya. Peringatan untuk diri sendiri semestinya.

Terakhir, buku ni bagus untuk dibaca kalau kau sedia untuk ditegur dan berubah. Okeh?
Jom baca dan berubah. InshaAllah. 😆