Assalam. Salam Ramadhan kareem!

Sempena nak raya ni, saya berkesempatanlah jugak buat biskut arab. Memang pilih biskut yang senang pun. Sebab taknak lama2 sangat kat dapur. Hihi. Biasalaa, kurang kerajinan. :p

Resepi ni saya dapat dari facebook Cikgu Ina. Terima kasih cikgu. Moga brtambah2 pahala dan rezeki sebab selalu share resepi. :)
Saya ada ubah sikit2 laa resepi ni sebab saya taknak golek gula kat luar.

Okeyy, jom kita tengok sama2!

Biskut yang dah siap dibakar. Nyumnyum.

Bahan2

  • Minyak sapi - 1/2 cawan
  • Gula aisin - 2 sudu besar (saya mesin gula pasir je)
  • Susu tepung - 1 cawan 
  • Tepung gandum - 1 1/4 cawan 
  • Ceri merah dan hijau - untuk hiasan 

  1. Masukkan minyak sapi, gula aisin dan susu tepung ke dalam satu bekas. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung gandum. Jangan lupa ayak dulu eh! ;)
  3. Lepas dah disatukan semua, jadilah doh yang lembut.
  4. Buat bulat2, jangan besar sangat sebab nanti bakar dia jadi kembang.
  5. Ceri potong kecik2 and letaklaa atas setiap biskut.
  6. Bakar dalam 10-15 minit dengan api 170°c.
  7. Siappp! Boleh isi dalam bekas. Yeayyy! Alhamdulillah.
Doh yang dah siap diuli.
Buat bulat2 camni je.
Best part. Letak ceri atas biskut sebelum bakorr!

Untuk hasil dia selepas dibakor, jadilaa macam gambar kat atas sekali tuh. Untuk resepi yang ni sikit je biskut yg kita dapat. So, kalau nak dapat banyak sikit bolehlaa gandakan je resepi kat atas.

Jejengg!

Banyak nilah hasil dia. Cukuplaa untuk sekali makan. Yedak? Oraitoo, buat biskut kalau siang tu jangan terlupa yang kita tengah puasa pulak ye. Hihi. Tunggu malam baru boleh rasa. Kikiki.