Ramadhan Terakhir di UTM?

Saturday, June 18, 2016

Alhamdulillah.
Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.
Ramadhan kareem everyone! Ramadhan bulan mulia, bulan penuh keberkatan. :')

Malam ni dah 13 Ramadhan dan saya masih di UTM bumi tercinta, walaupun sebenarnya paper dah habis 13 Jun lagi. Final year laa katakan, duk sibuk buat correction FYP. Tapi, alhamdulillah correction dah diterima. Jadi, tinggal nak hardbound dan buat beberapa benda yang nak kena hantar sekali dengan tesis nanti. Lagi, projek masih ada satu yang belum present. Fiuh~

Okey, one of the best thing bila puasa kat UTM adalah berbuka dekat masjid. Ramai2 dekat dewan dengan pelbagai bangsa. Ceewah! Tapi, seriously ramai jugaklaa foreigners dan saya apa lagi, selalu duk fe'feeling' belajar oversealaa. Hehe. Kat sini, tiap2 tahun memang akan makan dalam talam. Serooonok! Pengikat kasih sayang orang kata. Siap boleh kenal2 dengan sahabat baru lagi bila makan dalam talam ni. Bertambah2 kenalan. :)

Gambar curik! :P

Makan dalam talam ni mengajar kita untuk berkongsi dan bersederhana jugak tau! Tapi, makanan dalam talam kat masjid UTM ni biasanya boleh tahan jugaklaa banyak dia. Memang kenyang baq hang! Nasib share ramai2. ;)
Lepas siap makan, terus naik atas untuk solat maghrib dan menanti isyak dan terawih. Kat sini buat 20 rakaat, tapi kami jarang sekali buat sampai habis. (*゚ー゚)

Selain tu, berkesempatan jugak untuk membantu pihak Yayasan al-Quds dalam mengedarkan tabung di bazar2 Ramadhan untuk meminta derma buat saudara-saudara kita di Palestin. Antara bazar yang kami selalu pegi bazar Taman U, Bandar Baru Uda, Tun Aminah dan beberapa lagilaa.

Dan, subhanallah orang JB memang baik2. Setiap petang, sumbangan yang diterima agak banyak. Terharu. Bukan muslim je tau yang menyumbang. Non muslim pun ramai yang menyumbang. Kami yang jaga tabung ni kadang2 orang bagi kuih, kebab. Sejujurnya, kami cukup-cukup terharu. Terima kasih semua.. :')


Harta kita bukanlah berapa banyak yang disimpan, tapi berapa banyak yang diinfakkan di jalan Allah. Itulah harta dan saham kita di akhirat kelak.
Betapa besarnya pahala mereka yang memberi sumbangan demi memastikan Masjidil Aqsa terpelihara. Kita bantu saudara Islam kita, Allah akan bantu permudahkan urusan kita pula.
Sumbangan akan disalurkan kepada :

  • Penjaga Masjidil Aqsa daripada Zionis
  • Pemulihan Masjidil Aqsa
  • Rakyat bandar al-Quds yg miskin & susah

BEBASKAN AL-AQSA
"Setiap Sumbangan Membawa Kepada Kebebasan"

Ramadhan terakhir ataupun mungkin masih di UTM pada tahun akan datang belum pasti lagi. Manalaa tau, tetiba sambung master pulak kat sini kan? Ehemmm. :)
Apapun, jom kita ber'marathon dalam melakukan ibadah di bulan mulia ini. Moga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kita semua.

#RamadhanKareem #roadToGraduation

You Might Also Like

13 comments

  1. Woowww bestnyaaa . eh jap, kak fad yang kawen dgn korea tuu utm jugak kan ? Pernah jmpa diorg tak ? Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah. Hmmm, xsure pulak. Macam pernah. Haha :P

      Delete
  2. salam .. kadang rindu jugak nak puasa kat kampus! tahun kedua puasa kat rumah ..
    :)
    makan dalam talam best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukak puasa kat rumah pun besttt jugak. Hehe :)

      Delete
  3. Kita faham perasaan bila 3 tahun belajar dkt situ lepastu tetiba yg last kita sambut. alaaa sedihnya bila igt balik. :( Alhamdulillah semoga terus buat amal kebajikan untuk saudara kita :)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum ana...diam tak diam dan habis ya...kak PC doakan lepas ni ana terus sambung belajar ya... :)

    ReplyDelete
  5. Rasa kjap je kn ms berlalu?

    ReplyDelete
  6. bila dah habis belajar, benda-benda macam ni lah yang akan menjadi kenangan manis, kan?

    ReplyDelete
  7. First time belajar makam dalam talam rasa mcm geli jek nk share. But now rindu nak makam dlm talam dgn kwn2

    ReplyDelete
  8. seronok dapat makan dalam talam. dapat mengeratkan hubungan silaturrahim =)

    ReplyDelete
  9. bestnya makan dalam talam ramai2, sunnah sangat tau. baguslah UTM buat terawih 20 rakaat, kat sini paling banyak 8 je.
    nnti mesti rindu suasana ramadhan kat UTM, huhu

    ReplyDelete
  10. wahh nak habis dah ye? tunggu habis nanti memang akan rindu sakan :'D

    ReplyDelete
  11. hehe teringat jugaklaa zaman akak belajar dedulu.. hehe.. memang rindu segala2nya..
    cepat sangat masa berlalu.. kena sambung study ni..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)