Jelajah Bandung Day 3 Part 2

Wednesday, May 04, 2016

Orait, jom kita sambung lagi penjelajahan kita untuk hari ketiga. :) Jangan lupa baca entry hari-hari yang sebelum ni oke? Hehe
Lepas je kami ke Floating Market, kami terus ke Farmville. Ni pun dah kalut sangat dah nii, nak buat macam mana, dekat Floating Market tu terlebih waktu pulak kami photoshoot. Uhuk!

Dekat Farmville ni, benda utama yang kami carik adalah rumah yang macam rumah Shrek tuu. Sebab famous sangat dekat internet tu kan? Kamipun memang semangatlaa mencarik. Hehe
Benda terawal yang aku nampak. Hee
Tiket kat sini pun sama macam floating market jugak, boleh tukar dengan air. Air kat sini laagi besttt, dapat fresh milk dan boleh pilih sama ada  nak perisa original, strawberri ataupun cokelat. Aku amik strowberi. :D
Nyumnyum~
Nak amik gambar dekat area rumah ni memang kena banyakkan bersabar sebab ramai sangat orang yang beratur nak amik gambo. Hee 
Lepastu, apa yang sangat menarik hati aku masa pegi Farmville ni adalah biri2 yang saaaaangat comel. Gerammmm.
Sakan kot bergambar dengan biri2 nih. Baik je dorang~ Eh, dorang ke kata ganti untuk biri2? Entohlerr. Hukhuk. -_-
Yang ni ada arnab. Pun sangaat comel. Tapi, arnab ni suka menyorok dalam rumah dia tuu. Next time kalau nak pegi lagi, kena bawak carrot siap2. Hehe
Aku solat dekat surau dalam Farmvilee ni je. Aku dah ada bagitau kat entry lepas jugak yang kebanyakan surau kat sini campur je lelaki dan perempuan. Termasuklaa tempat wudhuk sekali. Nangis~ T^T. So, memang mencabar sikitlaa. Nak amik wudhuk pun kena amik dalam toilet. Nak masuk surau pun kena make sure dah tutup aurat betul2 baru boleh masuk. Aurat and solat nombor satu ye kawan2 sekalian~ :)
Usai jalan2 dan photoshoot kat dalam Farmville, kami pun teruskan hari kami ke Kampung Daun. Masa untuk makan, tapi sebab nak jimat kamipun makan benda ringan je. Sekadar untuk lepas syarat masuk sini.
Tiga orang dara pingitan~ Haha
Ouh, gambar kat sini memang tak banyak sangat sebab datang melepak makan2 je, pastu jalan2 tengok kawasan. Terus balik. Kiki

Fiuhhh, selesai jelajah Bandung untuk hari ketiga. Sebenarnya ada satu tempat lagi yang kami nak pegi harini tapi tak sempat. Nakgi air terjun Pelangi. Tapi, takpe. Kami try our best untuk cari waktu lain untuk pi sana. Jangan risau. Lepas rancang new plan dengan Cecep, ok dia kata hari last in shaa Allah sempat kalau kami dah taknak shopping. Okeyy, shopping belakang kira yang penting wisata (baca: melawat) alam ya bukkk!

So, yeahh. Stay tuned untuk tengok tinggi mana agaknya air terjun tu ye~ Hiks! ;)

You Might Also Like

16 comments

  1. Cantik Farmville tu!

    ReplyDelete
  2. Menariknya design rumah dekat sini.. :) Kalau tak amek gambar memang rugi kan..

    Tak selesa nye la kalau solat bercampur, memang kena bersabar betul.. :(

    ReplyDelete
  3. Cantik laaa... Mcm kena try jugak pergi bandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Kim Chaa kena try!! Hehe

      Delete
  4. ah bestnya dapat jumpa biri biri comel tu...nak jugak...... <3

    ReplyDelete
  5. wah comelnya biri2 tu <3
    teringat kat shaun the ship pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. best2. sporting je nak amik gambar. :P

      Delete
  6. Bestnya minum susu segar dari ladang! Aaaa xlehla tengok biri2 tu! Gebunya bulu diaaaa. Muka pun baik je TAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Muka senyum jer. Manisss~ :P

      Delete
  7. Cantiknya kat bandung ni :)

    ReplyDelete
  8. cantiknya SubhanaAllah! wishlist jugak Bandung ni... Hehehe.
    Sis pun suka fresh milk flavor strawberry jugak. =)

    ReplyDelete
  9. farmville kami x sggh...mmm ruginya tmpt dah cantik n menarik... tp kg daun tu mmg kami pegi...ms tu hujan...so apa lagi, mmg belasah ckp2 ;-)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)