Kenduri + Balik Kampung

Wednesday, March 09, 2016

Ada yang rindu tak?
Mehmeh. Sesaja tanya soalan macam tu. Nak test market. Wohooo~ :P

Sebenarnya saya menghilang beberapa hari ni sebab pegi Teganu and balik kampung. Pegi Besut, Teganu sebab ada kenduri kawan. Kami pegi satu kelas macam pegi kenduri Adda dulu. Rumah dorang pun dekat2 je. Orang Besut memang kawin awal eh? Hehe. Okok gurau.

Tak sempat jalan-jalan sangat pun. Sebab lepas kenduri je terus balik kampung. Dengki jugaklaa dengan kawan2 yang stay sana. Dorang siap pegi pantai Kluang, kolam air panas La and air terjun Lata Kolam. Best woooo~ Nasib baik semua tempat tu saya dah pernah pegi. Tapi, unsur jeles tu still ada lagilaa jugak.

Cuma satu jerlaa pengubat duka saya. Haha. Takleh blah ayat~



Sungai ni dekat belakang rumah yang kami stay je. Airnya jernih dan sejuuk sangat walaupun cetek. Tak mandi pun, just basahkan kaki and seluar. Bangun pagi, terus ramai-ramai kami redah semak samun and pegi gosok gigi kat sini. Fe'feeling' puteri bunian. :3

More random pictures sepanjang kenduri~

 Penyeri majlis. Comel macam gula-gula. Ehh? :P

Pelamin a.k.a tempat photoshoot kami yang paling hot.
Makan nasik dalam ni je. Takyah basuh pinggan dah.
Oke, saya dapat ni. Jadi VIP kejap. Kawan2 saya yang lain mostly jadi bridesmaid. :)
Best dapat pegi kenduri reramai dengan kawan-kawan. Terima kasih dekat Kaklynn the beautiful bride and family sebab sudi layan kami yang ramai dan riuh ni~ Hehe
Barakallah Kak Lynn & Ewan. May Allah bless your marriage. Semoga berbahagia hingga ke syurga dan dianugerahkan anak-anak yang soleh solehah. ;)

You Might Also Like

9 comments

  1. salam ! wah seronoknya dapat pi kawan kawen , saya ni kirim hadiah dan doa jelaa..
    btw rindu la hot spring tu !
    last pegi form five bertahun yang lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam. Uwaa~ Rindu jugak. Tapi last pegi, tahun lepas. :P

      Delete
  2. Alhamdulillah 2 in 1 ni...hadir walimatulurus kawan dan balik kampung...yeyyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tu lah, sebab arah sama kan~ Jimat duit sikit. :D

      Delete
  3. cantiknyaaaaaa sungaii tuuuuhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejukk pulaktu air dia. Besttt~ hihi

      Delete
  4. sukanya tgk sungai tu sis... jernih sgt air dia. mesti sejuk kan, rasa nak mandi... kt tpt akak kt kb pun makan nasi kenduri alas dgn paper tu.. senang x yah nak cuci pinggan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tulah, tmpat kita Klate macam dah biasa makan macamni. Kwn2 saya yg duk tmpat2 lain smua pelik. Hihi

      Delete
  5. apa nama bekas besar mkn nasi ramai2 tu

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)