'Anak buah' makin bertambah-tambah sekarang ni. Anak buah yang saya maksudkan ini bukanlah anak kakak-kakak saya. Tapi, 'anak buah' dari sahabat-sahabat seusia saya. Tak sangka. Dah ramai rupanya. Kalau dikira-kira dah lebih lima orang rupanya.
Semalam baru dapat yang latest. Baby boy. Hee, seronok!

Padahal dulu, kita sama-sama belajar untuk jadi orang dewasa. Kan? :')
Sekarang, korang dah jauh ke depan. Dulu, kita main teka-teka siapa yang akan jadi orang first kawen. Sekarang, kita dah mula tengok betul ke tak jawapan kepada teka-teki kita tu. Serius nostalgik ok! Haha

Semua dah jadi dewasa. Kalau dulu kita hanya pikir pasal semua ni untuk suka-suka. Sembang kencang. Angan-angan kosong. Tapi, sekarang ni semua tu adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu kita tanggung. Sebab apa? Sebab kita dah jadi orang dewasa. Bukan lagi budak-budak yang hanya tahu untuk bersuka ria.

Kita ibarat dandelion kan? Yang dah ditiup angin mencari kehidupan masing-masing. Mencipta pelbagai kisah baru. Menghadapi pelbagai kisah suka duka. :')
Semoga hubungan kita dengan Allah juga makin bertambah erat dengan meningkatnya usia kita. Sungguh, usia kita tidak panjang untuk kita sekadar bersuka-ria dan mengejar dunia.
Kita punya tanggungjawab sebagai manusia. Sebagai hamba Allah.
Dunia ini tempat untuk kita menanam dan akhiratlah tempat untuk menuai. Maka, gunakanlah waktu yang masih ada ini untuk terus dan terus melakukan amal kebaikan yang mampu memberi kebaikan di akhirat kelak.

Lakukan yang terbaik walau apapun posisi kita.
Baik seorang anak, ibu, isteri, pelajar mahupun rakyat marhaen.
Berusaha untuk menjadi mulia di sisi Allah!
Yuk! Sama-sama. :')

.

Buat sang dandelion yang sedang bersedih.
Janganlah kamu kecewa dengan hidupmu.
Berusahalah untuk terus kuat. Allah uji sebab Allah cinta.
Bangkitlah dan berlarilah!
Mungkin kau sakit pada mulanya, tapi yakinlah kau pastikan ketemu dengan sang pelangi.
Kerana setelah kesusahan itu. Pasti, kaukan ketemu kesenangan.
Allah itukan Maha Penyayang.

K07 KTR, UTM|11.29pm.