Rasulullah, Aku Rindu..

Monday, November 16, 2015

sumber
Sudah berselawatkah kita hari ini?
Tanyalah pada diri. Kita pasti tahu jawapannya.

Rasulullah tidak pernah melupakan umatnya.
Bagaimana pula dengan kita? 
Adakah sering mengingati baginda? Ataupun tidak?

Renungilah dengan mata hati yang dalam.
Sekadar jentikan buat hati yang sering terlupa.

Jom selawat.
Jom ikut sunnah.
:')
Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah

You Might Also Like

11 comments

  1. hakikatbya kasih sayangRasulullah takkan pernah terbalas oleh kita, yang hhmmmm ;(

    ReplyDelete
  2. inshaaallah.. sama2 kita berselawat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah berselawat...hebatnya insan ini...auranya begitu kuat..ummat kemudian tidak pernah pun bertemu tapi rasa rindu kita pada baginda kian dalam..tidak pernah ada walau sedikit rasa jemu sebaliknya semakin menggunung rasa kasih..Allahu..

    ReplyDelete
  4. memula dgr lagu ni terus suka. trs cari siapa penyanyinya

    ReplyDelete
  5. @The Kehalusan Kelembutan
    Betul tu.. Semoga kita terpilih untuk menerima syafaatnya di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  6. @PeRdU cINta
    Betul kak. Rasulullah, sebaik2 manusia.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah segala pujian hanya padanya...semoga kita sentiasa berselawat dan ingat kepadaNya...

    Suka dengar lagu² selawat dari Hafiz Hamidun..

    ReplyDelete
  8. @Mardiah Diana
    In shaa Allah. Sama2 lah kita. :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)