Di kampung saya, terdapat seorang pemilik syarikat minyak.
Beliau sangat dihormati oleh penduduk kampung kami.
Adakah sebab dia kaya?

Tidak.

Tapi, kerana pekertinya yang mulia.
Beliau sering ke masjid.
Dan suka bersedekah kepada penduduk kampung.
Selalu juga menyantuni masyarakat.
Subhanallah. Hebat!

Cuba anda bayangkan, kalau di kampung anda adanya seorang kaya.
Tapi, malangnya dia sombong.
Tidak taatkan perintah Allah.
Apa yang anda akan rasa?
Pastinya anda kurang senang dengan si kaya tersebut bukan?

"Jagalah hubungan dengan Allah, nescaya hubungan dengan manusia juga akan terjaga."

Kenapa begitu?
Sebab untuk menjaga hubungan dengan Allah, by hook or by crook kita kena juga jaga hubungan dengan manusia. Kerana itu juga satu kewajipan kepada kita sebagai seorang muslim. :)

Kalaupun kita sudah melakukan ibadah khusus dengan sebaiknya, tapi kalau kita tidak menjaga akhlak dengan manusia. Itu bermakna, soleh itu bukan lagi milik kita.
Allahu..

Bagaimana mahu menjaga akhlak?
Ikutlah akhlak junjungan besar rasulullah S.A.W.


Dan sesungguhnya kamu(Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.
(Al-Qalam:4)
Jadi, jom ikut sunnah rasulullah.
Beramallah dengan akhlak al-Quran.
Sama-sama kita berusaha menjadi jutawan beriman!
Ihiks. :D

Teringat kat sorang sahabat saya yang selalu berdoa:
"Ya Allah, jodohkanlah aku dengan jutawan beriman." Haha
Semoga diperkenankan sahabat!