Lebiu Ma Abah ;)

Tuesday, September 08, 2015

Assalamualaikum.
Seperti yang aku dah ceritakan pada entry yang lepas, sekarang ni aku sedang praktikal di UiTM Machang. 
Sudah minggu kedua. Alhamdulillah. :)

Setiap pagi aku akan berpagian ke tempat praktikal. Pulangnya pula bila sudah lewat petang. Pergi dan balik ke tempat praktikal, abah akulaa yang tak jemu-jemu menghantar dan menjemputku.

Terharu.

Pagi sebelum bergerak ke tempat praktikal pulak, aku akan kalut-kalut untuk sarapan. Pastinya, ma akulaa yang sentiasa gigih memasak. Tak lupa juga mengisi air ke dalam botol air, yang aku sendiri asyik terlupa. 

Adeh.
Lap air mata sikit. :')

Membuat aku terpikir, betapa banyak dan betapa besarnya pengorbanan mereka kepada aku.

Terima kasih.
Ma.
Abah.


Satu perkongsian dari seorang ustaz.

Katanya kalau kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana Allah. Kita akan sentiasa sabar dan masih berbuat baik kepada mereka, walaupun mereka ada melakukan kesilapan. Kerana apa, kerana kita tahu itu perintah Allah. 

Namun, kalau kita mengasihi mereka hanya kerana merekalah yang mengasuh kita dari kecik. Kita akan mudah untuk memberontak bila mereka ada membuat kesalahan. 

Semoga kita sentiasa menjadi anak yang soleh. Taatkan Allah dan taatkan kedua ibu bapa. Bukan hanya untuk membalas jasa mereka. Tapi kerana kita tahu, itu adalah perintah Allah. Dan kita juga tahu bahawa redha Allah itu letaknya di atas redha kedua ibu bapa.

Dengan memandang wajah mereka sahaja sudah memberi kita pahala. Apatah lagi bila kita berbuat baik kepada mereka.

Allah.. 

Sungguh Engkau Maha Pemurah.
:)


Sentiasa doakan ibu dan ayah kita. Terutamanya selepas solat lima waktu.

Ingat. 

Kalau kita mahukan anak yang soleh dan solehah. Kita yang terlebih dahulu perlu menjadi anak yang soleh solehah.

Jom.

Sama-sama kita berusaha menjadi anak yang boleh membahagiakan ibu dan ayah.

Pastinya.
Dunia dan akhirat.

:')


You Might Also Like

8 comments

  1. moga syurga ganjaran untuk bonda dan ayahanda kita kelak..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum adik ana fatihah,

    Sesungguhnya anak-anak adalah tiket untuk mak ayah ke syurga kann.. Akak pun mudah mengalirkan airmata bila citer tentang pengorbanan mak ayah ni..

    ReplyDelete
  3. @PeRdU cINta
    Amiin. In shaa Allah kak. :')

    ReplyDelete
  4. @LZ - The Blog Owner
    Wa'salam kak. Setuju. Pengorbanan mereka tak dapat dibalas dengan wang ringgit pastinya. :)

    ReplyDelete
  5. Semoga Syurga buat mereka :) Amin. Sebab lak baca...

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:00 AM

    salam sis. boleh tahu tak awak course apa ? ,

    ReplyDelete
  7. @Anonymous
    Wa'salam. Grafik n Multimedia Software. ;)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)