Karnival Wanita :D

Friday, November 09, 2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera buat semua sahabat.^_^

Hujung minggu ni memang terbaiklah!!Kenapa saya cakap hujung minggu ni yang terbaik eh?Sebab minggu ni alhamdulillah saya dapat merasa dan join banyak sangat aktiviti2 yang berfaedah dan bermanfaat.Semoga Allah redha dan berkati hendaknya..Insya Allah.

Bermulanya dari 2-4 November hari tu,UTM ada buat Karnival Wanita atau singkatannya KAWAN'12'.Aktiviti yang sangat menarik pada pendapat saya.. :D

comelkan poster ni.. ^_^
Pada hari Jumaat,perasmian dibuat pada waktu tengah hari dan terus bersambung dengan mutiara serikandi yang bertajuk Korban Cinta..Alhamdulillah,sambutan agak menggalakkan.Malam tu pulak ada ceramah untuk muslimat sahaja tentang Manisnya Menjadi Seorang Wanita.Tapi,saya tak dapat pergi sebab ada discussion.:'(
Tapi takpe,pagi esok terus suruh seorang sahabat ni cerita balik..hehe

Hari Sabtu pulak ada forum yang bertajuk Men From Mars, Women From Venus.Kami diberi penerangan tentang perbezaan seorang lelaki dan wanita serta peranan masing2.Ahli panel juga terdiri dari orang yang hebat2 saya kira.Panel lelaki adalah akhi Muhajirin.Seorang admin kepada page Lukisan Dakwah Islam dan panel wanita pula adalah kak Sarah Azizul, bekas finalis rancangan Solehah.Walaupun masih muda tapi dua2 hebat orangnya.
Kemudian di sebelah petangnya pula,kami buat diskusi mahasiswi.Berbincang tentang masalah dan solusi yang berlaku di kalangan mahasiswi.Dan di sebelah malamnya pula.Program yang paling mendapat sambutan.Ceramah Towards Perfect Ladies.Terbuka kepada muslimin dan muslimat.

Disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha.Seronok betul saya malam tu.Siap dapat salam lagi dengan ustazah..Saya ni peminat ustazah tau. ^_^
Ustazah puji para muslimin yang datang walaupun majlis ni difokuskan untuk kaum wanita.Dia kata lelaki yang ambil kesah tentang wanita sangatlah bagus.Dia siap cakap kat para muslimah boleh pi pinanglaa lelaki macam ni.hehe.

Hari last kami buat program ke rumah orang2 tua.Banyak benda yang kami belajar kat sana..Jumpa beberapa nenek kat sana.Yang paling saya ingat dekat Hajjah Kalsom dengan sorang lagi nenek yang saya lupa nama.Nenek Kalsom umur sembilan puluh lebih dah tapi still ceria.Nenek sorang lagi pulak berumur lapan puluh lebih.Mata dia dah tak nampak sangat.Kaki dia pun xleh guna sangat dah.Sedih saya tengok,nak nangis sangat masa tu tapi,saya tahan dulu.Dia nak makan pun saya yang bagi kat tangan dia :'(
Nenek2 semua asyik pesan benda yang sama jer kat kami.
Nanti kalau nak kawen,cu pilih lelaki yang baik2 tau..
Insya Allah nek..^_^
Masa nak berpisah memang tak dapat tahan air mata.Nenek2 kat sana pun nangis jugak.Pastu suruh kami datang lagi.Sedih sangat masa tu.huhu
Program ni sangat mengajar kami agar menjaga ibu bapa dengan baik.Walaupun diorang tak tunjuk yang diorang tak suka duduk kat sana tapi dalam hati mereka sudah tentu sangat sedih apabila dibuat begitu oleh anak2 sendiri.Ma abah,insya Allah takkan kusia-siakan dirimu.Akan kujaga sebaik mungkin dirimu.Insya Allah. :')

Last but not least,saya rasa banyak input yang saya dapat dari karnival ni..Alhamdulillah..Satu lagi,saje nak bagitau malam ni saya balik.Doakan semoga selamat semuanya.Musafir kerana Allah.Insya Allah.Ustazah pesan sebelum nyanyi lagu balik kampung jangan lupa baca doa dulu.. ^^




You Might Also Like

2 comments

  1. Banyaknya aktiviti bermanfaat..bestnya dpt jmpe ustazah fatimah syarha..suka jgk tengok dia lembut je muka..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)