Esok First Day Kelas kat UTM !!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Alhamdulillah hari ni dah tamat minggu orientasi..Last tadi ngan explorace..Lawaklaa,sakit kaki kejap duk gi sana sini..Tak lari pun,jalan jer..Lepas tu,tumpang van sebab jauh sangat nak jalan..hehe..Padat macam ikan sardin tau..Pak cik van pun terkejut tengok kitorang ramai sangat..Free of charge pulak tu..Terima kasih pak cik.. ^_^
Perhatian,kitorang tak main tipu sebab syarat dia memang boleh tumpang zataupun guna ape jer cara..Sebenarnya kitorang nak pegi pinjam basikal tapi hari ni takleh pulak..hihi..

Sepanjang seminggu ni,kitorang banyak kena dengar taklimat.Macam2 topiklaa.Semalam pulak hari untuk kitorang bersukan.Kena lari sejauh 5km..Pastu,saya masuk sukan rakyat jugak..Adoi,kurus kejap..hihi :D
Ada satu benda lagi yang saya sangat suka n super kagum adalah masjid UTM ni..Masjid Sultan Ismail..Sangat cantik!!
Cantik dan besarkan..
Saya rasa saya boleh sesat kalau masuk dalam ni..hehe..Ada sudut untuk kita rehat yang sangat best.
Pemandangan di malam hari..
Subhanallah..Cantik!Masjid ni duk atas bukit sikit tau.Kena mendaki sikit baru sampai..Btw,tandas dia pun cantik dan bersih.. :)
Semalam dan hari ni tengok ada kursus haji kat masjid ni..
Esok saya dah start kuliyyah..Nak kena naik bas awal pagi.Macam pelik tapi tu lah kehidupan saya sepanjang duk sini..UTM luas sangat,tak mampu nak jalan kaki..hehe
Ok,tengok Slip Pendaftaran saya ni..
Tu jerlah kot.Doakan first day saya berjalan lancar dan begitu jugak seterusnya..Semoga Allah redha dan diberkati-Nya..

Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda:" Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Makabarangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna"
Hadis Riwaat Abu Daud





Post a Comment

11 Comments

  1. kelas apa? kawan2 saya ramai gi fast track ke skudai course computer jugak..

    ReplyDelete
  2. tehah.!!! camat brjye di utm...study sguh2... kkalkn pointer anda....nina mndoakn kjyaan tehah....^___^

    ReplyDelete
  3. @duniafana
    cantikkkan...jmputlaa dtg sini..hehe :)

    ReplyDelete
  4. @Amirah Su'aidah
    saya Grafik dan Multmedia..Dari UTMKl ek?memang ramai pun..hehe :)

    ReplyDelete
  5. @Niena Kiddy
    Nina!!thanks,Nina pun same..Gud luck jugak!!Ameen2..Moga kejayaan milik kita semua.. ^_^

    ReplyDelete
  6. @Amirah Su'aidah
    kenal sangatlaa!!haha..kitorang sekelas!awak kawan dia eh??hehe

    ReplyDelete
  7. @ana fatihah a'ah.. dulu satu kelas time dia diploma kat utmkl.. :3

    ReplyDelete
  8. thah ...cantik nya masjid

    ReplyDelete
  9. @anomalous
    cantikkan?bilolaa nok tunggu mu sapa sini..hehe :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.