Pengalaman Mengajar Sepanjang Ambik Master

Thursday, December 20, 2018





Kat atas tu gambar aku pergi mengajar dekat Sekolah Al-Amin Gombak. Seram sejuk masa nakgi mengajar yang ni sebab first time. Walaupun hanya mengajar untuk satu session je, tapi berdebar dia tu memang lain maciam. Haha. Aku mengajar ni untuk subjek Digital Media, kami kena buat mini research bila mengajar menggunakan teknologi ni lah kiranya.

Apapun alhamdulillah, adik-adik kat sini sporting ja. Aku mengajar kelas form 2 masa ni. Semua bagi kerjasama yang baik jerlaa. Biasalaa, mengajar satu session je tak sempat lagi nak tunjuk perangai sebenar masing-masing kan? Haha :P

↠↠↠↠↠↠↠↠↠↠
Gambar kat bawah ni pulak, gambar aku mengajar dekat sekolah kakak aku. SMAT Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis. Pun mengajar untuk satu session je, just untuk collect data. Aku pergi sebelum cuti sekolah hari tu, kira minggu dorang dah tak belajarlaa, sebab dah habis exam kan. Kali ni aku mengajar pelajar tingkatan 4. 

Bila sampai sekolah ni, teringat sekolah menengah aku dulu. Rindulaa jugak dengan sekolah lama. Hehe. Suasana dia pun macam lebih kurang jugak. Best2. 

Sebelum mengajar, sempat lagi aku bukak video Habib Ali dekat YouTube bagi depa tengok. Hihi masa tu sebab tunggu kakak aku pegi ambik phone aku yang tertinggal kat rumah dia. Sambil menunggu, sambil tambah ilmulah kan? ;)





Haaa, cer teka mana satu teacher nya? Hehe pakai tudung warna lembut, dah hampir sama dengan pelajar dah. Masa ni dah nak habis dah, depa nak salam sebelum keluar kelaslah tu. Bagus adik-adik ni. Pelajar dekat Al-Amin pun sama, bagus-bagus semuanya. 

Aku dengar pelajar Al-Amin cakap sesama dorang pakai ana enta tau. Haha hebat betul. Sekolah aku dulu pakai aku mung jahh. Paling baik pun, sayo awok. Takdenya pakai ana enta. Hihi sejuk hati aku yang mendengar nih.<3 p="">

Hmmm, walaupun mengajar sikit je. Tapi, memang pengalaman baru jugaklah buat aku. Dan, apa yang aku ajar tu. Harapnya masuklah dalam hati dorang dan akan diamalkan. Yerlaa, kalau dorang amal ataupun sebarkan, aku pun bolehlaa jugak menumpang pahala. Best kan? Hehe :D 

You Might Also Like

10 comments

  1. wahh pengalaman menarik ni! pelajar2 sekolah al-amin memang baik2 kann.
    hehe dulu teringin sangat nak jadi cikgu, last2 entah kemana xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang baik2, sopan semuanya. Haha kalau ada yg nakal sikit tu biasalaa kan? Kita dulu pun macam tu. :p

      Delete
  2. seronoknya tengok adik adik ni pakai tudung bulat labuh ! sumpah rindu sekolah dulu huwaaaa.
    bestkan jadi cikgu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah perasaan saya bila masuk sekolah agama yg dekat sg manggis hari tu. Rindu sekolah lama. Feel dia tu sama. Hihi :")

      Delete
  3. Assalamualaikum cikgu. Lama tak dengar cerita. Harap cikgu sihat ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.Sebenarnya belum cikgu lagi kak. Hihi tapi doakanlah saya. <3
      Ada je ni, buat2 sibuk. >_<

      Delete
  4. haritu jaja ad interview cikgu gnti dekat al amin kerteh, dpt panggilan lmbt and last last kena masuk sem balik dah. jadi xsmpt. tp best suasana sklh ni :)

    ReplyDelete
  5. wahhh dpt timba pengalaman ni...syok kan dpt peluang mengajar mcm ni? teringat memori mengajar dulu hehehe

    ReplyDelete
  6. Wah.. pengalaman berharga nie..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)