MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES

Monday, April 03, 2017

MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES

Nak buat entry ni, memang rasa kena berjuang sungguh untuk melawan aura malas update blog. Permulaan yang kurang baik sebenarnya untuk April dengan sikap negatif macamni. "Wahai sifat malas, nyah kau dari diriku! Muahahahaha"

Satu lagi masalah, saya macam taktahu nak tulis apa untuk March 2017 Highlight Stoies nii. Rasa macam sedikit lost pun ada. Adeh!

Tapi, saya cubalaa ye bebel apa yang patut. Jom, mulakan.

What I Read?
  • Living la Vida Loca - Belinda Jones
  • The Silver Linings Playbook - Matthew Quick
  • Fangirl - Rainbow Rowell
  • Zainab Al-Ghazali - Shafie Abd. Rahman
Buku Zainab Al-Ghazali sebenarnya saya baru habis baca semalam. Jadi, ada sedikit ngelatlaa kiranya bila saya letak dia dalam March. Haha. Eh, sebenarnya banyak ngelat. Sebab saya mula baca buku ni dah lama, tapi biasalaa sebab buku yang agak berat saya ambik masa yang agak lama untuk habiskan baca buku ni. 

Tapi, alhamdulillah berjaya jugak habiskan buku Zainab Al-Ghazali ni. Seorang tokoh wanita yang sangat berpengaruh di Mesir. Sangat bagus untuk dibaca sebenarnya buat lelaki mahupun wanita.

MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES

What I Did?

Presentation Lagi..
Alhamdulillah, satu lagi presentation dah selesai saya buat. Presentation tentang Education Issues in Islamic Countries dan saya memilih untuk buat tentang negara Palestin. Manakala dua lagi rakan saya buat pasal negara Malaysia and Indonesia.

Tinggal satu je lagi presentation. Setelah ditakdirkan dua subjek saya dapat jadi kumpulan pertama present. Satu lagi subjek, saya jadi kumpulan last. Huahua

Mid-Sem Break!
Cuti mestilah bersamaan dengan balik kampung kan? Seronoook sangat. Masa nak balik haritu, balik dengan Kak Azah saya. Depa ambik saya lewat malam nak dekat pukul satu pagi. Pintu mahallah pun dah kunci masa tu. Mak guard pulak takde dekat pondok pengawal tu. 

Saya pun trylaa jalan ke mahallah sebelah mana tau ada mak guard. Takde jugak, tapi alhamdulillah nak dijadikan cerita sampai je saya kat pintu pagar tu. Datang sorang akak guard bawak kunci. Alhamdulillah, kalau tak jenuhlaa nak menunggu. Dahlaa jauh lagi perjalanan nak balik kampung. Hihi

Baking!
Seronok baking kalau bahan dia kita boleh main order je tanpa keluarkan wang. Kalau time cuti and kakak2 saya balik, memang bestlaa request je nak buat kek apa. Nanti depa beli bahan. Hihi

Blog
Dapat jadi pemenang bertuah segmen 24 Jam Bloglist Mia Liana dan dapat hadiah dari Kak Ana Suhana sebab jadi pengomen tegar dekat blog beliau. Terima kasihh!

My Desktop Wallpaper

MARCH 2017 HIGHLIGHT STORIES
Find yourself and be that.
I guess that's the end for March 2017 Highlight Stories. To April, please be nice to me. #muahciked

You Might Also Like

27 comments

  1. Assalam fatihah, ini mesti sebab baca entry blog yana pasal tak rajin heheheh berjangkit sudah , moga kita rajin rajin sokmo deh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam. Hahaha. Amiin. <3

      Delete
  2. Cantik cover buku Belinda Jones tu. Teringin nak baca novel inggeris tp takut tak terbaca sebab lemah sgt BI kak ana ni. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu macamtu jugak kak. Tapi, bila cuba okey je. Jangan pilih buku berat2. Pilih yang genre Young Adult, bahasa dia pun macam okey sikit. Mudah paham. Hihi

      Delete
  3. Haha awak orang ganu ke, bahasa ngelat tu mcm jarang je dengar org luar gune, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Klate. Lebih kurang jerlah Ganu ngan Klatang op? Hihi

      Delete
  4. Out of your books, I've read fangirl.. hehe.. Untungnya dapat hadiah..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Silver Lining tu best jugak, boleh try baca. Ada adaptasi movie jugak dari buku nih. Hihi

      Delete
  5. Tetiba rindu nak buat presentation haha. Lama sungguh tak present rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguihnyaa. Meh ganti saya buat presentation nih. Haha

      Delete
  6. I am so amazed with people who know how to use their time wisely to read a book T___T I wish I am better with time management to read something else.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah you will. I actually do not manage my time wisely, sometimes I do not read at all for a week and sometimes I read two/three books in a week. Just depends on my mood. Hehe

      Delete
  7. Memang seronok baking ni if tak keluarkan belanja besar :)

    ReplyDelete
  8. salam singgah di hari selasa...^^

    ReplyDelete
  9. thanks utk resipi mango cheesecake tuu. senangnya takyah masuk oven!

    ReplyDelete
  10. Akak pun rasa cabaran paling besar adalah MALAS. Hohoho..tak bagus sebenarnya kan. Kalau dilayankan ajer MALAS tuh memang BAHAYA. Anyways, tahniah dik di atas segala pencapaian mu untuk bulan lepas. Ehwaaahhh..kemain kan ayat. Keduanya, akak sokong part baca buku tuh. Akak ko ni ade pinjam satu buku dari public library. Dah 3 kali extent sambung pinjam pun tak habis2 lagi. HAHAHAH!!! Adoiii...kedebushhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Teruskan berusaha kak. Kali ketiga biasanya berjayalaa. Kihkih

      Delete
  11. Gigih adik sorang ni dengan presentation dan buku-bukunya ya...alhamdulillah..moga terus rajin membaca dan mendapat momentum kebaikkan yang berpanjangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Terima kasih akak. Amiin. :)

      Delete
  12. kakak suka desktop wallpaper tu !!!! hee~

    ReplyDelete
  13. dan setahun x presentation, rindunya <3 tapi bila time presentation tu, ketaq plak. hati dagdigdug :p

    ReplyDelete
  14. Best tak buku fangirl? Sambung buku Eleanor & Park ke? Siqah suka baca buku genre Young Adult walaupun usia dah tua. Haha. Sebab bahasa dorang lagi mudah faham nanye. Tue pun ada gak jenuh tengok kamus 😂

    Dah lama gila tak presentation. Takutnya la hai. Congrats Fatihah dah selesai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kak. Not bad laa buku ni. Kalau suka cerita romantik mesti suka novel nii. Kesah citer budak freshie masuk kolejlaa katakan. Hihi *mampu jugaklaa buat saya sengih sorang2 tu :P*

      Biasalaa tu, sentiasa kekal muda. Kihkih
      Btw, terima kasih! ;)

      Delete
  15. Suka Fatihah punya quote for desktop wallpaper . =)

    ReplyDelete
  16. amboiii baik nyer kakak2 dia ni... boleh request apa je ya... so bla nk hntr kek ke sini? ;-)

    ReplyDelete
  17. semogaaa ceria sentiasaaa di hari2 mendatang =)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N