Jerebu Dan Muhasabah

Thursday, October 22, 2015

       
          Saya: "Teruk jugok jerebu hari nih."
         Abah: "Jerebu teruk2 ni petando nok kiamat doh."

Begitulah perbualan kami di dalam kereta pagi tadi.

Saya terdiam. Diam dan berfikir. 
Betapa kita kadang-kadang terleka. Membuat dosa seolah-olah tiada noktah.

Astaghfirullah.
Ampuni hambaMu ini ya Allah.

Ketika inilah, erti nikmat itu disedari.
Nikmat yang jarang sekali kita syukuri.
Nikmat udara yang segar.
Diberi percuma oleh Allah yang rahman.
Maha Pemurah kepada semua hambaNya.
Tidak mengira hamba yang beriman ataupun tidak.



Namun, malangnya.
Masih ada manusia yang bongkak.
Sudahlah tidak tau bersyukur, hebat pulak mengeji bila ditimpa musibah.

Cukuplah.
Ujian ini untuk menguatkan kita.
Berhentilah mengeluh.



Ayuh, bertaubatlah!
Dekatkan diri dengan Allah.
Tidak kira masa dan waktu.
Ketika ditimpa musibah mahupun dilimpahi nikmat.
Jangan menunggu sehingga mentari terbit dari barat. 
Kerana tika itu, pintu taubat sudahpun tertutup.

Nota: Jaga iman, jaga kesihatan. :)

You Might Also Like

6 comments

  1. Subhanallah..jangan sampai dugaan menipiskan pahala kita...merosakkan akidah kita..dan jangan sewenang wenangkan permainkan ayat suci Al Quran..

    ReplyDelete
  2. masyaAllah.. betul jugak.. Allah tgh tegur kita ni :'(

    ReplyDelete
  3. peringatan buat kita semua

    ReplyDelete
  4. Peringatan moga yang terlena terjaya. Moga kita tidak terlalu lalai.

    ReplyDelete
  5. Semoga apa yang jadi ni kuatkan lagi iman kita terhdap Allah =)

    ReplyDelete
  6. Kerosakan dunia akibat tangan-tangan manusia sendiri maka manusia juga yg merasai kerosakan itu.. Mari kita sama-sama banyakkan berdoa..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N