Jom Follow,Syukran. ^_^

assalamualaikum semua..ahlan wasahlan wamarhaban bikum..jgn lupe follow ana..^___^

Dakwah itu Tanggungjawab Siapa?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua sahabatku sayang. ^^

Malam semalam saya ada dating dgn sahabat2 usrah..After solat Isyak,kami ada discuss pasal topik ibadah.
Apa yang kita nampak bila disebut jer perkataan ibadah..Mungkin ramai yg nampak solat,puasa,menunaikan haji atau mungkin jugak kahwin..hehe

Kalau itu yang kita bayangkan,memang betul.Tapi,ibadah itu luas sebenarnya.. :D
Apa saja yang kita buat di atas muka bumi ini jika kerana Allah dan tidak bercanggah dgn syariat islam adalah dikira ibadah.Dulu ustaz selalu pesan.
Korang pegi solat subuh jemaah jangan pulak niat macam ni."Sahaja aku solat subuh berjemaah kerana Cikgu Zul"
Cikgu Zul tu guru disiplin sekolah kami masa tu.Lintang pukang budak2 lari dari dia kalau ada buat kesalahan.(termasuklah saya sendiri)hehe.Kami memang gelak sakan masa ustaz cakap macam tu.Tapi,bila fikir balik,ada betulnya pesanan ustaz saya tu.
comel jer..tapi,cg saya senyum sokmo.hehe
Oke,sambung balik.Ibadah ni skop dia luas sebenarnya.Tak boleh jugak kalau kita duk solat siang malam tapi isu dunia langsung tak ambik tahu.Kita kena seimbangkan dunia dan akhirat.Di sinilah perlunya kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.Sebagai dai'e ataupun pendakwah.

Dakwah itu tanggungjawab siapa ye sahabat2?Tanggungjawab ustaz dan ustazah ataupun mufti2 jer ke?Tak!Dakwah itu tanggungjawab kita semua.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Surah Al-Baqarah: Ayat 30
Jangan tunggu sehingga kita sempurna dahulu baru nak start berdakwah kerana untuk mencapai tahap sempurna itu adalah mustahil bagi manusia biasa seperti kita.
"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
-Hassan Al Basri-

10 comments:

ain soofiyah said...

tpi rmai yg menyempitkn minda kalau berdakwah je dpanggil ustazah.. *kesal

ariff al-baqi said...

menunggu diri sempurna baru nak berdakwah memang xda sapa la akan sampaikan dakwah atas muka bumi ni.. katanya salah seorng sahabat Nabi.. :)

Detective Fiqa said...

hmm . sy ni pakai tudung labuh sikit.pakaian pun tak ketat2. tapi ramai panggil sy ustazah.padahal niat sy memakai dgn mngajak kawan2 mcm sy. berubah sikit demi sedikit. hmm :( sy tak suka mereka panggil sy ustazah.sebab sy tak layak memegang gelaran"ustazah"

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam dik, =)
tak semestinya kena jadi baik dulu baru layak memberi nasihat.kata2 nasihat dan dakwah yg keluar dari mulut kita itu bkn stakat utk mengigatkn sahabat2 yg lain, bahkan utk peringatan diri sendiri jua. =)

-meeSUPERGIRL- said...

mereka mggelarkan ustazah tu mcm menyindir .. hum . bodohnye mereka.

ana fatihah said...

@ain soofiyah
betul tu..tp,cuba brsangka baiklah kat mereka. :)

ana fatihah said...

@ariff al-baqi
That's true!! :)

ana fatihah said...

@Detective Fiqa
xperlaa..bila org panggil kite macam tu,kita pun akan lbh mnjaga kelakuan kita..Insha Allah,kite amik dari sudut positif ye..
Jgn sedih2.. :)

ana fatihah said...

@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail
Sangat setuju..Nak capai tahap sempurna tu memang taklah kan..So,kita berusaha membaiki diri dan sahabat2 yg lain juga.Kita xnak masuk syurga sorang2 kan? :')

ana fatihah said...

@-meeSUPERGIRL-
xperlaa..cube brsangka baik jer dgn mereka.kita kena kesian dan sabar dgn org yg macam tu..doakan mereka agar dapat hidayah Allah dan kita pula terus istiqamah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
syukran jazilan singgah sini..jemput datang lagi lain kali..^^