Tasbih Retro | Hadiah Pertama Dari En Zauji

Tasbih Retro | Hadiah Pertama Dari En Zauji

Antara benda pertama En Zauji aku bagi dekat aku adalah tasbih retro ni. Seingat aku benda ni dulu-dulu aku tengok nenek aku kot guna. Lepas tu, dah tak nampak dah secara dekat.

Bila En Zauji aku bagi, rasa macam wowww klasik nyer. Terasa hipsturr tetiba. Haha

Tapi tu lah, dia bagi nak suruh aku banyak berzikir kot. Tapi, isteri kesayangan dia ni tak berapa rajin sangat lah. Asyik nak tertido jer kalau berzikir. Allahu.

Tasbih ni membantu jugaklah sebab sekali kita ketip, bunyi dia tu kuat jugaklah kan.

Ketakk!
Ha, biar kurang sikit mengantuk tu.

Berbanding tasbih digital yang biasa aku guna. Dia senyap takde bunyi. Tapi, dia lebih praktikal aku rasa kalau waktu nak keluar rumah. Senang nak sorok dalam tangan jugak.

Kalau tasbih biji-biji tu pulak. Kadang kalau dah datang aura mengantuk. Boleh terlepas dari tangan. Jawabnya, hilanglah punca dan dah tak tahu berapa banyak dah zikir sebelum tu. Terpaksa lah mula dari awal balik.

Tapi, apapun masing-masing ada kelebihan tersendiri. Aku cuba guna semua jenis tasbih. Supaya takde laa tasbih yang tak terguna. 

Tukar-tukar angin orang kata, bagi seronok sikit berzikir. ;)

Apapun, azam selalu  untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.  

Suami soleh ku sentiasa support dari tepi je kalau isteri dia ni cakap macam tu. Plus senyum sengih-sengih sambil cakap baguih baguih.

Mungkin belum mampu, tapi dengan niat yang baik inshaAllah Allah bantu. 
Niat yang baik pun dah dapat pahala tau. Langsung tak rugi. 

Jadi, tunggu apa lagi?

Jom!
Perbanyakkan niat yang baik-baik!