Bila Empati Sudah Mula Hilang

 

Bila Empati Sudah Mula Hilang

Bila Empati Sudah Mula Hilang

Bila empati sudah mula hilang dalam diri seseorang, perbuatan dan tingkah laku nya memang kurang sensitif ya?

Aku baru lepas tengok facebook di mana seseorang yang aku follow meluahkan rasa terkilannya bila mana para netizen boleh membuat jenaka di atas posting beliau yang menceritakan tentang musibah yang menimpa diri salah seorang keluarga beliau.

Like seriously?
Mana empati korang wahai netizen?

Aku ni kadang-kadang macam tak boleh nak brain! Tahu kah kalian orang itu sedang bersedih. Kalian boleh mempersendakan perasaan mereka?

Tiada rasa bersalahkah kamu?
Bagaimana jika perkara itu berlaku padamu?
Pada ibu ayah mu?
Pada ahli keluargamu?

Adakah kau akan turut mempersendakan dan membuat gurauan. Huh, sudah pasti tidak bukan? Bahkan, kaulah yang akan menjadi orang yang memarahi sesiapa yang berani mempersendakan orang-orang yang kau sayang itu!

Melawak itu tidak salah. Tapi, melawak di atas kesedihan orang lain. Itu sangatlah salah.

Wahai netizen. Aku kadang-kadang pelik. Kau sudah dewasa. Kadang seorang ayah, kadang seorang ibu. Tapi, sungguh kurang sesuai akhlakmu ketika memberi komentar di media sosial.

Bila Empati Sudah Mula Hilang

Bila Empati Sudah Mula Hilang

Berkata baiklah dalam berbicara. Jika tidak mampu berkata baik, lebih baik kau diam sahaja.

Itu pasti lebih baik. Tenang dan tidak mendatangkan dosa. 

Takutlah. Takutlah jika dengan kata-katamu atau komentarmu bisa membuatkan hati seseorang terluka.

"Alah, chill lah. Gurau jer pun."

Tak semua benda boleh dibuat bergurau. Bergurau ada batasnya. Bergurau ada adabnya. 

Jangan sampai menyakiti hati orang lain. Bimbang nanti kau akan dipersoal di akhirat kelak. 

Kenapa kau menyakiti hati orang?
Kenapa kau ketawa di saat orang berduka?

Sensitiflah. 
Empatilah. 

Cuba untuk masuk ke dalam hati dan perasaan orang. Ia hanya memerlukan sedikit common sense sahaja.

Ayuh, cuba untuk menjadi lebih empati!
Semoga dengannya, menjadikan kita seseorang yang lebih berakhlak lagi.



Post a Comment

9 Comments

  1. Memang sekarang ni netizen kurangnya empati jika ada musibah yang berlaku pada orang lain. Boleh dibuat gurau sedangkan yang mengalami dalam keadaan sedih. Sedih tengok orang kita yang semakin hilang rasa empati

    ReplyDelete
  2. Memang kita pun ikut sakit jiwa kalau terbaca komentar di facebook. Mungkin gaya hidup hari ini yang asik berhibur menjadikan ramai dikalangan kita yang hilang empati.

    Untuk mendidik diri dengan empati, kita kena selalu ‘melihat’ ke bawah. Empati memang perlu dilatih terutamanya bagi yang tak merasai kesusahan/kesakitan dalam hidupnya. Peringatan buat diri saya jugak ni.

    ReplyDelete
  3. Itulah kalau kena batang hidung sendiri baru tahu.

    ReplyDelete
  4. Bergurau atau gembira bahagia atas kesedihan orang lain. Manusia skrg makin x beradab. ;(

    ReplyDelete
  5. Org sekarang mmg suka komen ikut sedap hati, lebih baik duduk diam..

    ReplyDelete
  6. Itulah kadang-kadang tu Mrs. A sendiri takut bila baca komen. Istighfar banyak-banyak

    ReplyDelete
  7. gurau biarlah bertempat.. kadang2 manusia dh tak guna otak utk fikir dan menilai perasaan org

    ReplyDelete
  8. setuju sangat. diorang tak tahu yang Allah tu maha adil. lambat atau cepat, the table will turns. this is why nilai sivik penting but tak ramai orang kisah.

    ReplyDelete
  9. zaman keyboard warrior ni mmg amat merisaukan takut kita pun terjebak jadi org yg xde nilai mcm tu

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.