Long Time No See!

Thursday, July 02, 2020


Assalamualaikum wbt everyone!
Olla!

Ada yang masih ingat or rindu saya tak? Hehe serius lama tak update blog kan. Harapnya semua sahabat² blogger dalam keadaan sihat dan baik² semuanya. Aamiin.

Masa berjalan. Usia meningkat. Kehidupan juga mungkin sudah ada banyak perubahan. Apapun perubahan, diharapkan semuanya ke arah yang lebih positif dan baik. In shaa Allah. ❤️

2020 Yang Penuh Kejutan

Siapa dapat menyangka yang tahun 2020 kita akan jadi macam ni. Mungkin semua boleh tangkap maksud ayat saya tu. Ya, kita melalui fasa PKP, PKPB dan sekarang PKPP. Tak pernah terfikir atau terlintas dalam fikiran pun kan?

Apapun, alhamdulillah 'ala kulli hal. Keadaan makin bertambah baik in shaa Allah. Banyak yang kita boleh ambil pelajaran sepanjang tempoh PKP ni.

Ramadhan dan Syawal dalam PKP kali ini juga memang luar biasa banyak beza dengan tahun sebelum² ni. Saya, dan tentunya ramai sahabat di luar sana juga sangat² merindui suasana normal kita yang dahulu. Namun, tetap bersyukur dan usahakan untuk melaluinya dengan tenang.


Haa, anak buah yang tengah solat tu. Si kakak control ayu bila perasan ciksu dia nak ambik gambar. Si adik masha Allah khusyuknyaa. Baca apa laa tu kan.

Depa ni masa PKP hari tu terkandas kat kampung. Pakai hitam semua tu sebab telekung basuh. Pastu, pakai je saya punya tudung buat jadi telekung. Haha



Antara aktiviti yang sempat buat dengan anak² buah masa PKP hari tu. Kalau ikut dorang hari² duk mengajak nak buat eksperimennya. Masalahnya acik dia ni kurang kerajinan dan idea lah pulak. Hihi

Abah dengan abang ipar pun sempat proses buai dekat tepi rumah, gantung kat pokok. Nak bahi anak² buah ni happy dan kekal aktif laa katakan.

.

Macam yang kita sedia maklum, musim PKP tak boleh kita nak beramai² sangat. Jadi, apa² majlis pun dah lama tak dibuat. Rindu sangat dengan majlis ilmu, majlis maulid. Pergi masjid, boleh salam cipika cipiki peluk². Ziarah saudara dan sahabat taulan.

Ahhh rindunya. :')

Kadang, bila jadi macam ni baru kita tersedar dengan nikmat² yang mungkin sebelum ni kita kurang syukuri. Jentikan dari Allah yang sedikit cuma ini, haruslah kita renungkan dan terus mencari hikmah di sebaliknya. Kan?

Bertukar Satus


Ehem, selain bertukar status dari pelajar kepada bukan pelajar lagi (apa orang panggil status ni eh?). Saya juga dah bertukar status dari bujang kepada seorang isteri. Alhamdulillah. ☺️

Mungkin ramai yang belum tahu, melainkan yang friend dengan saya di facebook dan follow saya di instagram.

In shaa Allah, masuk 9 Julai ni genap 8 bulan saya bergelar seorang isteri dan hidup berdua. Masih awal dan in shaa Allah terlalu panjang lagi perjalanan kami. Mohon doanya sentiasa ya.

Majlis akad nikah kami dibuat pada tanggal 12 Rabi'ul awwal bersamaan 9 November 2019. Buat majlis akad nikah sekali dengan majlis maulid akbar. Alhamdulillah, tak ternah terlintas kat fikiran saya. Syukur sangat². 😍


Doakan rumah tangga yang dibina ini dipenuhi sakinah, mawaddah wa rohmah ya. Semoga dipenuhi keberkatan dan dapat menggembirakan hati Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

آمين.
❤️❤️❤️

Setakat ini dahulu entry saya kali ini. Memang banyak nak cerita, tapi bila dah banyak sangat dia jadi tak tahu nak cerita yang mana dulu kan. Hihi

Apapun, semoga awak dan dan  sentiasa dalam keimanan dan ceria² sokmo. In shaa Allah.

Ok, buhbai. Assalamualaikum. 😉

You Might Also Like

8 comments

  1. Aamiin, wow bagus banget hasil - hasil karyanya boleh coba untuk putri saya

    ReplyDelete
  2. tahniah! selamat pengantin baru. barakallahu lakuma :)

    ReplyDelete
  3. wah, tahniah atas pernikahan ya..! fi hifzillah selalu. btw yg dri pljr ke bukan pljr tu namanya siswazah, heheh. hrp2 lps ni update laa selalu blog ni ya.. dh lama x baca penulisan terbaru kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Haha wahh tenkiu untuk word tu, siswazah eh. Haha

      In shaa Allah, akan dicuba untuk merajinkan diri. ^^

      Delete
  4. tak terlambat rasanya...


    barakallahulakuma...
    smeoga berbahagia hingga ke syurga aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah terlambat untuk doanya. Aamiin Allahumma aamiin. 😉

      Delete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)