Berehlah di Jeram Ngaji

Berehlah di Jeram Ngaji

Assalamualaikum wbt!

Hari ni nak throwback sikitlaa rehlah kami² dekat Jeram Ngaji Pasir Puteh hari tu. Baru je jugak ni, 7 Julai hari tu. Dah lama sangat tak teluar tengok alam ni. Sonoknyaaa.

Cerita dia, kalau ikut perancangan asal nak pergi Lata Kolam. Tapi last minit tukar plan cari tempat yang lagi dekat dengan pondok kami. Since saya tak duduk pondok sekarang, tapi saya duk kampung. En zauji kenalaa balik ambik saya dulu. Hehe

Mula² dia tanya nak ikut tak? Saya pun jawab,

"Kalau ada orang nak datang ambik, naklaa ikut."

Kiki. Sukakan jadi drama queen. Bukannya nak bagi je jawapan direct. Japgi dia cakap alah sedihnyaa jawapan dia. Tettttt! 🤭😅

Berehlah di Jeram Ngaji

Alhamdulillah, sampai jugak dekat sini. Pemandangan dia so so jerlaa bagi saya. Apapun, alhamdulillah sebab yerlaa udara segar bila pergi tempat banyak pokok ni. Saya nak ambik gambar pun tak reti sangat. Sikit² je ambik. Sampai terus makan sambil enjoy the scenery ja. *sorry, memang makan je tak ambik gambar pun*

Sebelum sampai jeram ni, korang akan jumpa ladang lembu. Luas jugaklaa. Tapi, sekali lagi sorry sebab tak sempat ambik gambar. Yang ni, bagi saya cantik jugaklah pemandangan dia. Walaupun tak nampak banyak sangat lembu. Tapi kehijauan ladang tu pun dah boleh buat mata saya ni keluar love². Hehe 😍

Otw tu jugak ada gerai susu fresh. Ada susu lembu, kambing dan dugak dadih. Kami beli susu kambing ja. RM2 satu botol. Okeylaa rasa dia. Bau kambing dia tak over sangatlah. Boleh je masuk kalau korang penggemar susu kambing.

Berehlah di Jeram Ngaji

Rendam-rendam kaki jerlaa mampu. Boleh tahan ramai orang yang datang masa ni. Suami saya pun tak mandi jugak. Saya tanyalah kenapa tak mandi pulak. Jawabnya,

"Cemana nak mandi, ramai sangat orang duk mandi. Bercampur² laki pompuan. Huhu"

Saya senyap je. Dalam hati, betul jugak tu. Susah jugak sebenarnya kalau nak mandi dekat tempat awam ni kan? Huhu

Nak jaga aurat.
Nak jaga mata.

Berehlah di Jeram Ngaji

Bukan laki je kena jaga mata, kita yang perempuan ni pun sama tau. Ramai pulak jejaka² yang suka pakai seluar pendek kalau pergi tempat macam tu. Huhu padahal rasanya tak susah mana pun kalau pakai seluar panjang.

Jadi, apa kata kalau kita sama² menjaga. Lelaki dan wanita dua² jaga aurat dan jaga pandangan. In shaa Allah, semua akan lagi tenang dan dalam redha Allah.

Jom, sama² kita berlari kejar redha Ilahi.
Sama-sama. ☺️


Post a Comment

7 Comments

  1. syoknyaaaa kalau dpt berendam kat siniii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Tapi hari tu, suasana tak mengizinkan. Uhuk uhukk.

      Delete
    2. x pe next time boleh dtg lg ;-)

      Delete
  2. Seronok dapat berendam kat water falls, air semulajadi 👍👍
    Dapat view pepokok dan dengar unggas hutan bersiul siulan sesama sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. MashaAllah. Bayangkan pun dah boleh rasa tenang camni.. 😍

      Delete
  3. Memang seronok mandi sungai ni tapi kalau ramai sangat orang segan pulak. Bagi budak2 jela

    ReplyDelete
  4. baru bercadang nk ke air terjun.. dh kena pkpb.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.