Alhamdulillah. I've Graduated!


Alhamdulillah, sungguh tiada kata atau ucapan lain yang dapat aku ungkapkan melainkan ucapan syukur dan puji-pujian kepadaMu ya Allah.

Terima kasih kerana telah menuliskan kisah hidup yang luar biasa indah. Walaupun aku perlu melalui keperitan dalam menghabiskan perjalanan master ku ini. Tapi, ternyata kenikmatan di hujungnya itu cukup-cukup luar biasa.

Tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata, namun sekadar mampu dinikmati melalui rasa. :')

Terima kasih ma abah.
Yang tidak pernah memberi aku tekanan. Hanya redha dan percaya dengan apa yang anaknya mahukan. Sungguh, terlalu banyak pengorbanan mereka. Yang bukan sahaja membuat aku bahagia, bahkan juga terharu dan belajar. Belajar untuk menjadi dewasa.

Ternyata menjadi dewasa itu tidak mudah. Bukan lagi hanya memikirkan perihal diri sendiri. Tetapi, penuh dengan pengorbanan.

Pengorbanan itu juga terlihat seolah-olah perkara biasa dan mudah apabila dilakukan kerana orang yang kita punya rasa sayang dan cinta.

Allah Allah..
Sungguh, cinta itu ajaib bangat! ❤️

Terima kasih juga buat SV, lecturers, teman2 yang membantu. Akan kusimpan segala kenangan di sini sepanjang mengenali kalian inshaAllah.

Walau ada yang tersalah laku, tidak mahu aku kenangkan perkara itu. Kerna mungkin aku juga begitu. :)

Hanya mampu menjadikan ia sebagai pengajaran dan teladan buatku di masa hadapan nanti. Kerna setiap yang baik mahupun buruk, pasti ada yang bisa diambil ibrah dan hikmah darinya.

29 Sept 2019.
12.44pm.
Mahallah Aminah.

✨✨✨✨✨✨
Emel untuk clearance dan jugak nama dah masuk dalam graduation list. Alhamdulillah ya Allah!



Persoalannya, lepas ni ke manakah perjalanan hidupku? Kerjakah? Sambung PHD kah? Atau kahwin kah?

Yang last tu macam paling menarik jee. Hihihihi galoks. 😜😜

Mohon doa dari semua yaaa. Semoga aku sentiasa dipandu Allah dalam setiap apa yang dilakukan dalam kehidupan ini. Moga Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sentiasa redha denganku. Aamiiin. 🌹🌹🌹


Post a Comment

15 Comments

  1. Alhamdulillah. Tahniah ye and semoga terus berjaya dalam hidup dan di akhirat sana. Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih atas doanya akak. 😉

      Delete
  2. Tahniah

    perjalanan masih jauh

    ReplyDelete
  3. Congratulations!! All the best untuk perjalanan hidup yang seterusnya :3

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah kak.

    ReplyDelete
  5. tahniah da graduate;)

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:28 PM

    alhamdulillah, tahniah kak!

    ReplyDelete
  7. Tahniah atas kejayaan anda! Semoga berjaya dalam hidup.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah tahniah!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sama seperti sebelum ini.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Barakallah.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.