Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly

Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly
Okey, sebenarnya aku ni memang penggemar skincare. Tapi, tulah aku ni sejenis yang susah nak istiqomah. Kejap je pakai, mulalah rasa bosan and rasa nak tukar skincare. Uhuk uhuk.

Sebelum-sebelum ni (waktu degree), memang boleh kata banyaklah jugak aku buat step penjagaan kulit wajah ni. Haha ada yang aku mampu bertahan dan berjaya habiskan produk. Ada jugak yang terbengkalai sampai habis tempoh. Sayang ooo. Biasanya aku akan berusaha jugak untuk habiskan, nampak macam dah nak dekat expired terus jadi seorang yang rajin dan istiqamah pakai produk tu. :P Jangan tiru aku deh. Hehe

Lepas daripada tu, aku tetiba berubah mood nak go all natural. Produk skincare yang aku pakai memang berkurang of course. But, harga produk macam ni mahailaa sikit. Memandangkan aku sekarang ni bukanlah orang berduit, memang kena pikir banyak kali kalau nak teruskan macamni. Plus, muka aku macam tak berapa elok sekarang ni. Rasa macam kena tukar skincare jugak, walaupun aku syak mungkin jugak faktor lainnya aku stress (tanpa aku sedari). huhu

So, apa agaknya Skincare yang Aku Tengah Usha + Budget Friendly ni??

1) Oil Cleanser: Biore Cleansing Oil
Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly
Harga: RM20.66 (Watsons)

Aku ada je jugak usya Simple dan Hada Labo punya sebab aku baca banyak review cakap best. Tapi, setelah buat perbandingan harga semua tu aku rasa yang ni lah kot terbaik untuk aku buat masa ni. Tapi, kalau ada rezeki waktu pergi kedai tengah ada promotion why not cuba yang Hada Labo atau Simple kan? Since aku tak pakai makeup and keluar rumah pun sangatlah jarang, kecuali kalau waktu dekat uni. Boleh dikatakan aku tak pernah pakai makeup remover. Tapi, tetiba rasa terpengaruh pulak bila selalu baca pasal double cleansing ni. Macam banyak je benefit dia. Macam nak try jugak je. Macam best je. Hihihi

Lagi satu, berdasarkan pembacaan aku double cleansing ni bagus bukan sahaja untuk hilangkan makeup, tapi jugak untuk hilangkan debu-debu yang tak berapa nak bersih yang terkena kat kulit muka kita tau . Walaupun kita tak keluar rumah ataupun pakai niqob bila keluar rumah. 

2. Cleanser: Cosmorderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly
Harga: RM 16.90 (Watsons)

Cleanser ni menarik sebab dia takde paraben, SLS dan SLES. Lepastu, macam kita selalu baca tea tree ni elok untuk merawat kulit berjerawat. Vitamin E pun kalau tak silap aku elok jugak untuk parut macam tu (betulkan aku kalau tersilap). 

Sebelum ni aku pakai cleanser Cetaphil, dah agak lama jugak aku pakai dan rasanya yang aku pakai sekarang ni dah botol ketiga. Aku rasa memang okey jugak produk ni and ramai jugak yang review cakap ok. Walaupun, ada jugak aku terbaca and tertengok kat YouTube reviewer yang cakap produk ni boleh keringkan muka and kandungan dia pun ada SLS yang tak berapa elok untuk kulit kita. Tapi, sejujurnya sebab aku nak tukar cleanser ni sebab nak try brand lain pulak. Hehe (dan juga kekurangan bajet semestinya) :P

3) Toner: belum jumpa yang menarik hati
Ada jugak yang aku baca pasal Simple Soothing tu, tapi aku dah pernah pakai dan rasa macam tak berminat sangat nak repurchase. Terliuq tengok Hada Labo punya, tapi belum mampu milik. Mungkin aku akan skip step ni since aku terbaca step ni takpe durhaka sikit. Huahua

4) Moisturiser: Simple Hydrating Light Moisturiser

Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly
Harga: RM 17.64 (Watsons)

Aku jarang sebenarnya pakai moisturiser walaupun aku selalu baca yang penting sangat moisturiser ni. Haha degil kan? Sebab aku jarang sangat pakai adalah aku tak suka kalau muka aku ada rasa macam creamy/greasy gitu. So, bila aku tengok dia light, aku terfikir mungkin this product sesuai untuk aku. Banyak review pasal produk ni boleh dikatakan just ok, takdelah best kebabom but still okey.

5) Sunscreen: WATSONS Aqua UV Sun Protection Facial Gel
Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly
Harga: RM 26.90

Ok, yang ni lagilah aku tak pernah pakai. Haha aku pernahlah pakai masa bercuti dekat Pulau Perhentian dulu. Tu pun pakai kawan aku punya. Tu pun pakai sehari je kalau tak silap aku. Rasa tak bolehlah dengan sunblock/sunscreen ni. Rasa melekit, tak best. Yang aku dapat free sample sunblock dari Cetaphil kecik cenonet tu pun tak berjaya aku habiskan. Adoiii, tak tahulah kalau aku beli ni mampu ke tak nak habiskan.

Tapi, orang kata sunscreen ni wajib. Haha aku apa lagi terpengaruh jugaklah. Dari dulu lagi, bila tengok YouTuber orang putih duk kata sunscreen ni wajib. Aku watlek watcool je. Sebab tak suka pakai benda alah niii. Tapi, mungkin kali ni aku akan terpengaruh jugak? Mungkinkah? We'll see. Haha

6) Scrub: ST IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub/ Simple Clear Skin Oil Balancing Facial Scrub

Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget FriendlySkincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly


Harga:  St. Ives-RM22.20 || Simple-RM19.16 (Watsons)

Yess, aku memang penggemar scrub. Sebelum ni, aku biasa pakai scrub St.Ives walaupun aku dapat rasa yang bijik-bijik dia tu agak kasar dekat kulit muka aku. Tapi, aku dah guna dengan lembut gemalai so mungkin dia tak lukakan sangatlah muka aku kot. Selain tu, pernah jugak try guna yang Garnier punya. Tapi, kejap je pakai sebab tetiba hilang dari bakul alat mandian dekat hostel suatu ketika dahulu. Haha

Scrub St.Ives tu aku tengok out of stock dekat online Watsons dan jugak Guardian. So, aku dapat rasakan kalau cari kat kedai mungkin lagi susah nak jumpa. So, aku pun buatlah Simple ni sebagai backup scrub. Review banyak cakap yang Simple punya tu okeylaa, tapi yang St. Ives tu katanya laku keras. Dah lama teringin nak mencuba, tapi sampai sekarang belum kesampaian. Hehe 

Okey, cukup dululah sampai sini aku membebel pasal Skincare yang Aku Tengah Usya + Budget Friendly ni. Banyak lagi skincare tambahan macam serum (aku suka sangaaat), essence, sheet mask and so on lah. Banyak benau skincare ni kan. Adeh, kalau nak guna semua habis duit kot tu ja laa.

Bila campur-campur semua. Totalnya jadi banyak jugakkan, walaupun harga setiap satu tu dalam range RM20 ja. Kalau aku beli semua ni, mungkin dalam RM100++ lah kot. Mungkin bajet ni sangatlah murah bagi orang yang dah bekerjaya, tapi not for me okehh. Dulu, memang aku suka bermewahan bab skincare ni. Tapi, sekarang tak lagi. Haha kena tahan nafsu sikit dah.

Psst, korang kalau ada yang biasa pakai mana-mana skincare kat atas ataupun nak suggest produk apa yang best bolehlah share dengan aku ye. Sharing is caring kan?  ;)



Post a Comment

10 Comments

  1. Great picks! Lenne suggest kalau you takda toner lagi, boleh try Simple punya toner. Tak irritating pun untuk kulit pastu murah pun murah 😊

    lenne | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, banyak jugak baca review pasal toner ni. Ramai cakap best. Thank you for the suggestion btw! ;)

      Delete
  2. Semoga jadi pengguna bijak

    ReplyDelete
  3. Teringin nak cuba yang cosmoderm tu tapi tulah.. Tak berapa nak rajin.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Saya memahami sangat tu kak. :D

      Delete
  4. Tq untuk info ni. Kak Feni pun tengah ushar skin care yang sesuai untuk umur 30-an ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sameee.Sama2laa kita meng'usyar kan kak. Kihkih

      Delete
  5. sy mmg x leh guna toner. even doktor kulit n aesthetics pun ckp, kulit sy x leh guna toner. nnt kering n pedih. so, try pakai cetaphil, alhamdulillah sesuai sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo macam tu,takpelaa blh jimat sikit. Alhamdulillah lah kalau jumpa yang sesuai dengan kulit. :)

      Delete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.