Done First Semester!!

Friday, June 02, 2017


Semalam aku bertolak dari rumah dalam pukul 10.15 pagi. Bas agak tepat dan sampai dekat TBS dalam pukul 5 macamtu lah. Penat sangat naik bas siang hari di bulan puasa ni. Tapi, sebab kalau malam macam sayang pulak kan dengan terawih. Maka terpaksalah jugak berpenat balik siang. Lembik rasa badan kejap. 

Sampai kat TBS terus cari surau untuk solat jamak zohor dan asar. Lepas rehat beberapa minit, naik tingkat atas cari makanan. Beli nasi kandaq mahai jugak ayam seketul dengan kuah kari sikit. Lepastu dia masukkan seketul bendi dapat harga RM6.50. Huhu

Then, perjalanan diteruskan ke Masjid Jamek and Gombak naik LRT pulak. Sampai dekat stesen bas Gombak dalam 6.30 macam tulah. Maka, sama-samalah kita menunggu bas T200 untuk masuk ke UIA. Hampir pukul 7 jugaklah bas sampai.


Duk tengok bangunan kat atas ni jerlaa sambil-sambil menunggu bas tu. Tengok orang lalu-lalang jugak. Kihkih.

Masuk UIA, berhenti dekat selekoh mahallah tu. Jalan kejap kemudian bunyi azan Maghrib. Pakcik bas agaknya berbuka atas bas atau sampai dekat stesen baru bukak eh? Pengorbanan pakcik bas yang mungkin kita tak sedar jugak tu. Terima kasih pakcik bas. :)


Langit UIA yang menjemputku semalam. Sambil kedengaran azan Maghrib berkumandang. Kaki kuayun pantas untuk segera tiba di asramaku. Pasai tak sabar nak berbukalaa. Hihi
Gambar langit tu #nofilter tau. Haha yang first 17 Ramadhan tu gambar langit semalam yang dah difilterkan.

Malam tu, terawih dekat bilik jelaaa. Paham-pahamlaa bila terawih sendiri, laju je siap. Uhuk uhuk. Lepastu terus study untuk exam keesokan harinya, hari ni lah tu. :P

Dalam pukul 12 lebih macam tu aku tido, bangun balik dalam pukul 2 lebih. Sambung study. Eh, dua minggu lebih gap tak cukup-cukup ke study? Sebab jenis suka menangguh dan study last minutelaa terjadinya peristiwa ini. 

Stay up sampai sahur, sampai subuh. Lepas subuh tu sempat jugak melelapkan mata kejap. Sebelum siap-siap untuk pi exam pukul 9 pagi.


Haha macamni lah gayanya bila study last minit. acah-acah sibuk mengalahkan menteri. Memang bersepah-sepahlah bilik buat seketika. Eh, waktu lain kemas ke? Uhuk uhuk. :P

Alhamdulillah, exam tadi okeylaa. Nak kata senang tak, nak kata susah pun tak. Bolehlah dijawab cuma taktahu betul ke salah. Hiuhiu. Masa menjawab tiga jam, tapi aku keluar awal. Tak sanggup aku nak menghadap paper tiga jam. Boleh jadi biru kot muka. hihi okey over.

Lepas keluar dari dewan, terus balik bilik. Sebelum masuk bilik, pegi office nak tanya pasal kunci dan sebagainya. Dapat berita mengejutkan, semua barang kena angkut buat balik rumah. Store tak disediakan. Haritu, dia cakap takyah buat balik. Berhuhu lah aku di situ. Nak nangis kejap.

Balik bilik terus berkemas, sebabnya inshaAllah malam ni aku dah nak balik rumah. Nasib baik tumpang kakak aku. Kalau beli tiket bas, memang taktau nak selesaikan masalah ni macam mana. Perancangan Allah memang terbaik. Kakak aku tu pun last minit jugak nak balik kampung. Alhamdulillah, terima kasih Allah dipermudahkan urusan. :)

Sekarang dah hampir siap kemas. Ada sikit lagi barang-barang yang belum dimasukkan ke dalam beg. Kakak aku katanya nak bertolak lepas asar. Tapi, taktaulaa kadang-kadang tak menjadik jugak perancangan dia nak awal tu. hehe

Hmm, okey tu jerlaa kot dulu story-mory aku untuk semalam dan hari ni. Minggu-minggu lepas tu takde buat apa pun. Menghabiskan waktu kat rumah, memang terbaiklah kan. Hehe

Eh, lupa.
Done first semester.
Alhamdulillah, yahoooo!

You Might Also Like

7 comments

  1. selamat berpuasa sis :* lama tak nampak sis hehe. wahhh dah boleh cuti2 kejap nie hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/65eday-global-super-sales-event-di.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwaaa, maaf xsempat nak berblogwalking sbelum ni. Asyik krik2 je dua tiga menjak ni. Hukhuk

      Delete
  2. Bakal melangkah ke semester dua...insyaAllah..alhamdulillah...moga dipermudahkan semua urusan menuntut ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Makin brtambah sem, makin memcabar pulaktu. Hihi

      Delete
  3. Wuuu selangkah ke alam baruu.. Selamat berpuasa, ana.. XD

    ReplyDelete
  4. Bittaufiq wannajah fil imtihan =)

    ReplyDelete
  5. gambar langit ni kalau tk buuh filter pun mmng dah lawa sangat kan. hobi saya mmng suka amek gambar langit terutama tgh senja camtu hehe

    samala mcm saya bila study last minute. bersepah sana sini notes2 xD

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N