Penulis: Teme Abdullah
Publisher: IMAN Publication
ISBN: 978-983-2423-43-0
Mukasurat: 331ms
Bakat tanpa otak, sia-sia. Otak tanpa bakat, lebih berguna. Bakat dan otak, moga tidak tersalah guna.
Malam ni aku nak review buku yang paling meletup-letup buat masa sekarang ni iaitu Arkitek Jalanan by Teme Abdullah. Sebenarnya seram jugak nak review buku yang famous macam ni haha. Maklumlah feedback semua pun memang terbaik dan ramai sangat fans Teme nih terutamanya gadis-gadis. Auchh, yeke? Kihkih
Sebenarnyakan nak tahu tak? Memang best pun buku nih. Aku ambik masa lebih kurang dalam sehari jerlaa nak khatamkan buku ni. Buku Arkitek Jalanan ni bukanlah bacaan yang berat bagi aku. Santai-santai sahaja. Teme berjaya menulis dengan baik sebab pembaca tak rasa bosan bila baca buku ni which is good sebab tak ramai penulis boleh buat macamtu.
Buku Arkitek Jalanan ni sebenarnya lebih kurang jugak dengan buku Pelukis Jalanan yang menceritakan kisah hidup beliau menuntut ilmu di luar negara, UK. Cuma, mungkin kalau dalam buku Pelukis Jalanan Teme banyak diuji dengan masalah kewangan, dalam buku Arkitek Jalanan ni masalah-masalah lain pulak yang menguji dia.
Watak Ahmad yang kalau korang baca buku Pelukis Jalanan pasti kenal, pun ada jugak dalam buku ni. Kalau sebelum ni watak Ahmad tu macam watak sampingan je, kali ni watak Ahmad lagi besar. Ada dari mula sampai akhirlah pendek kata. Setia menemani Teme, friendship goals budak muda sekarang kata bila baca pasal depa ni. Hihi terasa tua kejap.
Walaupun buku ni dikategorikan sebagai buku yang santai je (bagi aku), tapi tetap ada bidasan dan kritikan sosial diberikan dalam buku ni. Aku suka yang part Teme tulis pasal penulis muda and penunggang agama tu. Sebab rasa macam ada orang tuliskan ke dalam buku benda yang aku selalu terfikir tapi tak reti nak lontarkan. Memang setuju 200% part tu. Hehe
Banyak quote menarik dan gambar lukisan Teme pun turut disertakan dalam buku ni. Tulisan atau font yang digunakan agak besar dari kebiasaan buku lain. Aku tak kisahpun part ni sebab rasa macam takde mengganggu pembacaan aku pun.
You're allowed to feel exhausted and rest for a while, But don't stop. Don't give up. Keep moving.
Ouh, korang ingat Orange? Dia ada lagi dalam buku Arkitek Jalanan nih. Haha sabar jerlaa. Dia buat apa pulak kali ni, part tu korang kena baca sendiri. Aku taknak jadi spoiler. Lagi satu, buku ni mampulaa jugak buat aku sengih-sengih sebab Teme dengan Ahmad sweet sangat. Nangis tu semestinyalahkan, bukan buku Teme kalau tak mampu buatkan aku nagis. Haha
Last but not least, I is jealous dengan si Wani tu. Uppss! Sape pulak Wani tu? Hmmm suspen tak? Haha. Okey, kalau nak tahu korang kenalaa baca sendiri buku Arkitek Jalanan ni. Kalau tak boleh sabar nak tahu jugak, do PM me okey? Nanti kita sembang belakang. Haha
❤❤❤❤❤❤❤
Aku harap akan ada lagi buku yang akan Teme tulis lepasni. Terima kasih untuk kedua-dua buku yang banyak bagi pengajaran buat aku. Terima kasih di atas usaha untuk memandaikan masyarakat. Stay cool and mysterious okeh?
Haha macamlah dia baca. Tapi, who knows kan? Yerlaa, aku ni kalau dekat instagram dia, paling advance pun aku ❤ gambar dia je. Mana berani aku nak komen ke apa. Tapi sebab ni dekat blog aku. I'm the boss laa kan? Muehehe
Okeylah dah lewat ni, nak kena pi tido dulu. Esok inshaAllah balik kampung. Doakan selamat semuanya perjalanan musafirku. Tazzabar! ;)
17 Comments
Banyak baca good feedback mengenai buku ni tapi tak baca lagi.tak sabar nak beli
ReplyDeleteKak ana suka quote plg atas tue. Well said. Mcm kena beli je buku ni. Huhu
ReplyDeleteSuka baca yang ada ayat2 best mcm quotes tu.
ReplyDeleteKalau boleh baca less than 2 days tuh memang best sangat tuh. Nak jugak baca. Kot2 mak gadis ni pun jugak kan. Hehehe..
ReplyDeletesiyesly mmg ramai yang bagi thumbs up feedback buku ni.. semalam baru pla dgn adik nak g cari buku ni..kebetulan sungguh la..
ReplyDeletemenarik sangat cerita teme ni. sangat memberi inspirasi :) perkongsian yg menarik awak :)
ReplyDeleteBelum pernah baca lagi ni kena carilah nanti. Tapi betul memang banyak feedback pasal buku ni kat twitter, bagus2 belaka.
ReplyDeletenmpk buku ni tempoh hari kt pwtc tp ntah kenapa terlupa nak capai at least bc dulu back cover kannn
ReplyDeletebuku paling laku masa PBAKL kann. dua2 karya by TEME belum beli lagi. hahhahaha
ReplyDeletemenanti waktu je nak beli nie :D
Sangat menarik naluri untuk memiliki senaskah..insyaAllah..moga kebaikkan yang dikongsi menerusi penulisan terus menular menjadi benih yang berpahala...ameen.
ReplyDeleteNak baca tapi kena tunggu balik Malaysia dulu
ReplyDeleteSiqah dah beli buku Teme. Gigih tau beli online kat Iman Publication. Sebab tak sempat ke Pesta Buku. Nanti nak baca jugak! 😍
ReplyDeleteTak sabar gak nak baca lepas baca review Fatihah ni. Tertanya-tanya siapalah Wani 😅
Suka dengan quote dia Fatihah..
ReplyDelete"Don't give up, keep moving".. So inspiring.
Sesekali baca review macam ni best jugak terus rasa teruja nak cari buku tu..
Buku ni tak de lagi... nanti boleh masuk list.
ReplyDeleteSelamat menyambbut bulan Ramadhan...
ReplyDeleteFollowbak http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/salam-ramadhan-dan-salam-finals-guys.html
lama tak membaca..nampak menarik buku ni
ReplyDeleteWow! thank you for posting up such a good review. Pasni aku pun akan cari buku dia.
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.