Jangan Kita Lupakan Mereka
sumber
Komik ni sangatlah deep kan. Boleh bayangkan tak kalau kita sekeluarga sama-sama melarikan diri dari rumah sebab rumah kita kena serang pihak musuh. Kemudian, dalam perjalanan tu seorang demi seorang dari keluarga kita diambil oleh Allah dan tidak berjaya diselamatkan. Last, bila sampai di tempat yang selamat. Hanya tinggal kita seorang je. Ya, kita seorang je yang selamat.

Allahu, hanya dengan bayangkannya sahaja dah cukup pedih dan sedih hati ni rasa.

Inikan pula saudara-saudara kita di Syria yang perlu menghadapi situasi ini. Bukan sekadar di bayangan tapi situasi yang benar-benar terjadi. But yet, they still can say Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Mungkin ramai yang dah tahu dan perasan yang saudara kita di sana telah diserang dengan gas beracun Sarin. Gas yang boleh membawa maut bagi sesiapa yang menghidunya. Ramai dari mereka telah terkorban, bukan hanya dari kalangan dewasa tetapi juga di kalangan anak-anak kecil yang baru ingin mengenal dunia. 

Ampuni kami ya Allah. Ampuni kami ya Allah.

Kami terlalu sibuk mengejar dunia sehingga lupa untuk bersyukur. Kami juga telah memejamkan mata dari melihat saudara-saudara kami di Syria yang sedang dizalimi. Ampunkan kami ya Allah..

Semalam, saya tengok video seorang bapa muda yang kehilangan isterinya dan dua anak kembarnya yang masih kecil. Namun mulutnya masih mampu menyebutkan,
Alhamdulillah. Alhamdulillah..
Sebenarnya, boleh dikatakan dalam setiap video mereka. Pasti akan kedengaran laungan alhamdulillah yang keluar dari bibir mereka. Sungguh, mereka sangat kuat dan jelas redha dengan ujian yang diberikan kepada mereka.

Lagi satu video yang sangat terkesan di hati saya adalah bila mana saya melihat video yang bertanyakan anak-anak Syria apa yang mereka mahukan. Anak-anak kecil menjawab,
Saya mahu makan malam bersama-sama dengan adik-beradik saya.  
Saya mahukan kereta control dan bermain bola sepak bersama rakan-rakan saya.
Saya mahukan patung barbie dan jugak set permainan alatan dapur.
Mungkin di mata kita. Itu adalah permintaan yang sangat kecil dan senang untuk ditunaikan. Tapi, pada mereka itu sangatlah besar dan sukar untuk dicapai.

Makan malam bersama adik-beradik atau keluarga. Itupun kadang-kadang kita take for granted kan? Dah boleh berkumpul dengan keluarga untuk makan malam. Tapi, malangnya kita tak gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya, sebaliknya masing-masing sibuk dengan smartphone sendiri. Moga dijauhkan.

Jadi, temanku sekalian. Jom sama-sama kita perbanyakkan doa kepada mereka. Jangan lupakan mereka dalam setiap doa kita. Sumbangan juga boleh diberikan melalui badan-badan NGO yang banyak di Malaysia ni. Okeh? Sama-sama kita cuba jadi saudara islam yang terbaik.

Jangan Kita Lupakan Mereka
sumber
Jom sama-sama kita menyumbang! Sama ada dengan doa atau dana atau sebaran kepada orang awam. Moga usaha kecil kita akan diterima oleh Allah. Dan jika ditanya di akhirat nanti apa sumbangan yang telah kau lakukan untuk membantu saudara kamu?

Moga kita punya jawapannya.