Cara dan Tips Untuk Senang Bangun Subuh Awal

Cara-cara Untuk Senang Bangun Subuh

Subuh antara solat yang saya perasan ramai orang yang ambik mudah dan meninggalkannya. Sejujurnya, terutama sekali anak-anak muda sama ada pelajar sekolah mahupun mahasiswa universiti. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Padahal kita sedari kecil lagi telah diajar dan diterapkan bahawa solat itu tiang agama. Jika runtuh tiangnya, nescaya akan runtuhlah rumahnya. Allahu. Tidak lain dan tidak bukan kerana kurangnya rasa taqwa ataupun takut kepada Allah.

Namun begitu, jika kalian membaca tulisan saya ini kerana sedang mencari Cara-Cara Untuk Senang Bangun Subuh atau Tips Untuk Bangun Subuh Awal. Saya ucapkan tahniah kepada kalian! Kerana kalian punya rasa untuk berubah dan bangun awal untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang Muslim iaitu solat Subuh. 💕

Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa tips dan cara untuk bangun Subuh awal yang saya rasakan berkesan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

1. MINDSET : Solat adalah Perkara yang Sangat Penting Untuk Ditunaikan
Mindset atau cara kita fikir tentang solat Subuh itu sendiri. Adakah kita menganggap solat Subuh itu hanyalah ikut-ikutan sahaja, ataupun kita tahu bahawa solat Subuh itu adalah sangat penting dan WAJIB untuk kita tunaikan sebagai seorang Muslim dan hamba.

Jangan terkejut kalau ada daripada kita yang selalu buat alasan tak boleh bangun pagi sebab tak tersedar untuk solat subuh. Tapi, bila ada perkara duniawi yang diperlukan untuk bangun awal seperti nak naik flight awal pagi. Nah, tiba-tiba boleh bangun dengan sendiri bahkan sebelum alarm berbunyi lagi!

Tapi, mengapa tidak Subuh? Tolong, anggaplah solat Subuh itu sesuatu yang sangat sangat penting dalam hidup kita. Hadirkan rasa menyesal yang teramat sangat sekiranya terlepas atau terlewat bangun Subuh. Kita nak selamat dekat akhirat kan? Mujahadahlah sedikit, berjuang! 😊

2. Tepuk Bantal Sambil Niatkan Nak Bangun Awal Pagi
Tips ni Tuan Guru Syeikh Zainul Asri, mudir Darul Hadis pernah kongsikan dalam ceramah beliau. Boleh cuba dan inshaAllah sangat berkesan! Niatkan dalam hati dan berdoa kepada Allah.
Ya, Allah. Kau kejutkanlah aku awal untuk solat Subuh. Sesungguhnya kami ini tiada daya tanpa pertolonganMu ya Allah.
Haa! Lagi bagus, kalau boleh bangun awal lagi. Sebelum Subuh. Bolehlah buat solat-solat sunat terlebih dahulu. Besar ganjaran pahala dan doa pun sangat mustajab waktu ni. Meh, ramai-ramai kita cuba ye.

3. Kunci Jam
Jangan duk tawakkal je, tapi usaha tak ada. Kemudahan yang ada tu, gunakanlah. Kunci jam untuk pastikan kita bangun awal untuk solat Subuh. Buat lagu-lagu yang menginsafkan sebagai alarm pun boleh jadi tips berkesan jugak. Berani ke kalau lagu Bila Izrail, datang memanggil berkumandang, kita nak wat rilek, wat peace sambung tidur balik? Hihi

Lagi satu, jangan lupa snooze. Contohnya, kuncilah jam dalam pukul 5.00, 5.30 dan 6.00 am. Biar kita takleh tidur dengan aman kalau sambung tidur pun. Tapi, kalau boleh bangun masa jam yang pertama berbunyik. Sebab tangguh-tangguh takut dah tak terbangun pulak.

4. Suruh Mak/ Kawan Kejut
Okeyy, suruh mak kejut adalah antara tips yang sangat berkesan. Nak lagi berkesan, suruh ayah yang kejutkan. Sebab biasanya kalau mak yang kejutkan, boleh lagi nak bermalas-malasan atas katil. Tapi, kalau ayah. Nope, bangun dan terus masuk bilik air. Haha

Suruh jugak kawan-kawan kejutkan. Saling mengejutkanlah kiranya. Kata nak bersahabat sampai syurga. Boleh jadi friendship goal nih tau! 

5. Tidur Awal dan Rehat Secukupnya
Kalau boleh tidur awal. Tapi, biasanya student susah betul nak tidur awal nih. Kalau sebab assignment atau kerja-kerja penting takpe lagi. Nih, sebab tengok movie atau online.
Tak ke rasa berdosa esok tu kalau terlepas subuh sebab tidur lewat dengan alasan lagha dan sia-sia macam tu?

So, kalau kita tidur lewat dan dalam keadaan yang penat. Make sure kita punya persediaan untuk bangun pagi tu. Mesti dan kena bersungguh-sungguh! Mungkin boleh call mak kat kampung suruh tolong kejutkan kita esok pagi. Atau pesan kat kawan-kawan yang soleh/solehah yang biasanya memang bangun awal pagi.
Nampak? Usaha tu sangat sangatlah penting.

❤❤❤

Saya kongsikan lima tips je untuk cara senang bangun Subuh awal. Sama-sama kita cuba amalkan dan berusaha untuk bangun Subuh awal okey?
Mungkin tak mudah tapi percayalah, mujahadah itu pahit kerana syurga itu mahal. Jangan berputus asa! Once kita dah terbiasa, segalanya akan menjadi mudah dengan pertolongan dan kehendak Allah semestinya. 

Semoga saya dan awak semua menjadi seorang yang sentiasa menjaga solatnya. Khususnya solat Subuh.

# SubuhWarriors



Post a Comment

24 Comments

  1. Kalau tinggal solat subuh, hri tu semua bnda jadi tak kena. Solatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sangat betul. Sebab kita dah buat antara dosa besar tu. Naudzubillah.. :'(

      Delete
  2. Kak Ana ada tgk video Dr Muhaya. Dia advice last utk kita tgk hp ialah selepas solat isya'iaitu sebelum pukul 9. Lepas tu hp letak jauh dari kita dan tidur pukul 10 sambil niat nak bangun solat tahajud. InsyaAllah kalau hari2 buat boleh consistent😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh tidak! Sekarang dha nak dekat pukul 10 saya masih di sini. Failed! Hukhuk

      Delete
    2. Ana, kak Ana tag ana dekat sini

      bajetciputselerabesar.blogspot.my/2017/02/segmen-review-blog-bertuah.html?m=1

      Delete
  3. Terima kasih berkongsi benda yang bagus ni..paling penting yang nombor 1 tu. mindset :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih! Mind control our body. Kan? ;)

      Delete
  4. Alhamdulillah..tambah ilmu ...tq2

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:30 PM

    Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  6. Tips tepuk bantal sambil niat untuk bangun Subuh saya pernah buat. Alhamdulillah dengan izin Allah ianya menjadi.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Fatihah - Maaf selama ni sis silap panggil nama Ana :'(

    Perkongsian yang baik.. Sis tertarik dengan tips dari Tuan Guru Syeikh Zainul Asri.. Alhamdulillah, umur dah senja spt sekarang takde lagi terlajak bangun Subuh, ilmu ini boleh diamalkan..

    Terima kasih Fatihah.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam. Allah akak, saya tak kesah pun. Takpe je.. Hee

      Alhamdulillah, respect sgt ibu2 yg sentiasa bangun awal, padahal malamnya banyak nak kena buat kerja and layan kerenah anak-anak. Terbaikk!

      Delete
  8. Tips yang superb, Fatihah! Akak biasa juga pasang niat dan tepuk bantal tu. Insya-Allah, memang akan terjaga :)

    ReplyDelete
  9. tips yang tepuk bantal tuuh, pernah buat sebab kawan ajar dan berkesan.

    yang last tuuh mencucuk cucuk, sebab selalu bangun lamat disebabkan layan movie. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Tip tepuk bantal, siqah ada buat jugak. Kadang2 dah jadi subuh di hujung je. Huhu. Thank you ana for sharing the good tips :)

    ReplyDelete
  11. thanks share tips ni

    ReplyDelete
  12. Terima kasih, satu perkongsian yang bermanfaat. Terkesan sikit baca part yang kalau ada benda penting macam nak naik flight boleh pula sedar. tapi kalau part nak sembahyang tak boleh pula.

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing sis. elsa kadang kadang liat jugak nak bangun awal subuh. paling teruk pun jam 7 baru reti nak bangun. Allahu apa nak jadi lah. In Shaa Allah Elsa dalam proses membetulkan diri :)

    ReplyDelete
  14. betul tu ana... segalanya kena mula dgn diri kita... kalu subuh pun mcm x bersungguh nak bangun solat, solat2 yg lain ntah mcm mana agaknya kan

    ReplyDelete
  15. Anonymous11:20 PM

    Alhamdulillah.
    Terima ksih atas perkongsian.
    Minta izin share ye.

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.