Biji Getah yang Semakin Dilupakan.

Tuesday, November 22, 2016

Adakah anda pernah dengar perkataan biji getah? Atau adakah anda mengenali biji getah? Kalau yang mana berasal dari kampung, mungkin kebanyakan dari kita mengenali biji getah ini. Tapi, kalau berasal dari bandar dan jarang ke kampung berkemungkinan juga tidak berkesempatan untuk kenal dengan biji getah ni.

It's okey. It's allright.
Kalau anda baru pertama kali dengar pasal biji getah ni. Ataupun belum berkesempatan nak kenal biji getah. Meh, saya tunjukkan.

Tadaaaaaa!


Inilah dia biji getah. Sekarang, mungkin musim luruh untuk biji getah ni kot. Sebab masa saya main2 kat luar rumah tadi, saya jumpa banyak bijik2 ni. Lagi satu, kalau nak tido tengah hari pun kadang2 terkejut buji bijik getah ni jatuh atas zink rumah. -_-


Haa, gambar atas ni pulak isi dalam biji getah. Warna putih2 dan lembut je, boleh picit2.

Kalau zaman kecik2 dulu, kami suka kutip bijik ni banyak2. Untuk buat apa lagi kalau bukan untuk main.

Congkak
Lubang congkak dekat atas tanah je, bawah rumah. Sebab kalau hujan pun masih boleh main lagi. Haha. Lubang congkak kat bawah rumah saya ni saya pun tak pasti bila dia dikorek. Seingat2 saya dah ada kat bawah tu. Almaklumlah anak kelima. Dah berapa generasi duk main congkak kat situ. Dan, dia punya biji mestilah tak pakai guli. Pakailaa biji getah ni je. Hehe

Laga getah
Game ni saya tak reti sangat sebab tangan saya tak kuat atau saya takde skill, saya pun tak pasti. Cara dia adalah kita akan keluarkan satu biji getah dan begitu jugak dengan pihak lawan. Pastu, kita akan cuba ketuk kedua2 biji getah dengan tangan tengok yang sape punya bijik akan pecah. Pemilik biji getah yang terselamat adalah champion! Haha

Last but not least, saya ada jugak terbaca yang biji getah ni boleh dimasak and dimakan. Saya memang tak pernah tahu dan tak pernah rasa jugak. So, I'm not sure about this. Bolehlah google kalau nak merasa. Mehmeh.

Okeylah teman2, kalau anda baru je kenal biji getah ni jangan lupa tunjuk kat anak2 ataupun adik2. Manalaa tau depa pun belum kenal lagikan?

Well, sharing is caring. Kan? 💚

You Might Also Like

13 comments

  1. Biji getah ni dulu akak guna buat mengira..hihi...siap mengira sambung buat main pulak..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagussnya akak nih. Gunakan utk belajar jgak. Hehe

      Delete
  2. Budak dulu kreatif. Benda biasa pun jadi seronok. Semua permainan dari objek di sekeliling rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dulu takde smartphone atau tablet. Jadilaa, bahan2 yg kita jumpa kat tepi rumah semua cuba dibuat main. :)

      Delete
  3. Siqah kenal biji getah cuma baru pertama kali nampak isi dalamnya. Hihi. Best main congkak dengan biji getah. baru rasa macam style kampung sungguh. Kalau pakai guli, kira dah moden nanye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kann? Feel dia kira jd lagi best gituu.

      Delete
  4. o.. tu rupanya kat dlaam biji getah tu.. dulu masa kecik kalau balik kampung, rajin gak la masuk kebun nenek g kutip biji getah nih.. tapi ketuk2 tanak pecah pon.. degil btol kulit nye.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memerlukan kekuatan dalaman tuu. Hihi *gurau2*

      Delete
  5. biji getah ni.. rindu plak main time kecik2.. btw salam BW :)

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kak lya kecik2 kan selalu gak la main laga biji getah..letak dua biji getah atas bawah pastu ketuk lepap ngan tapak tangan mmg best oo masa tu hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Lya macam geng2 power je niih. Haha. Legend kampung kot nii? ;)

      Delete
  7. bdk2 skrg yg x kenal...esp yg ddk bndr yg ddk kg mesti kenal lg

    ReplyDelete
  8. Dua-dua games tu permainan Mrs. A masa kecik.
    Anak-anak zaman sekarang asyiklah dengan gajet.
    Mrs. A pun tak pasti anak-anak Mrs. A kenal ke tak biji getah tu

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)