Mission 4 Ummah Kepulauan Riau Day1

Alhamdulillah. Salam dari Indonesia ye teman2. Hihi. Kami dari UTM seramai sebelas orang terlibat dengan program pelajar2 Indonesia iaitu Kuliah Kerja Nyata, lebih kurang dengan khidmat masyarakat gitulaa. Program ni sebenarnya sebulan lebih, tapi sebab kami ni dari Malaysia maka boleh join selama 30 hari jerlaa. Kalau mahu tinggal lebih, yaa perlu buat visa lah. Kalau gaak jadi pendatang asing laa jawabnya.

Tadi kami bertolak dari UTM ke jeti Stulang untuk naik feri dalam pukul lapan lebih. Naik feri dalam pukul sembilan lebih, sepatutnya sampai ke Tanjung Pinang dalam pukul 11.30 lebih kurang tapi disebabkan feri rosak, terpaksalaa kami pusing ke jeti balik dan tukar feri. Perghhh, ujian. :) Alhamdulillah, selamat sampai ke jeti Tanjung Pinang dalam pukul 3 lebih. Kemudian, disambut oleh wakil Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH). Kemudian, terus dihantar ke desa2. Satu orang, satu desa dan kami kemudian bergabung dengan student2 Indonesia yang dah pergi ke sana lagi awal. Ehh, sebenarnya ada satu desa yg dua orang sebab dorang request. Takleh berpisah katanye.. Hihi

Sampai, solat Jama' asar dan zohor. Kemudian, berkenal-kenal dengan sahabat baru sampai masuk maghrib. Solat maghrib di bilik dan ke surau untuk mengajar anak2 di desa Sebong Pereh mengaji and terus solat isyak di sana.



Selesai solat, pulang siap2 untuk makan malam dan rapat perincian (baca: meeting) sebelum tido. Menu untuk hari ini, nasi putih + tempe goreng ikan bilis + telur dadar. Lupa deh mahu snap picture dulu.

Selesai untuk hari ini, masanya untuk aku istirehat dulu deh. ;) Selamat malam. Moga kedatanganku ke desa ini beemanfaat. Insha Allah.



Post a Comment

6 Comments

  1. hebat! semoga memberi pengalaman yang bermakna :)

    ReplyDelete
  2. Pengalaman begini yang tak boleh dijual beli :)

    ReplyDelete
  3. raih sbyk mn pengalamanan..bkn sng nk dpt

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:30 AM

    nampak best pulak join aktiviti camni. lama jugak eh akak pegi misi ni. semoga berjaya!

    ReplyDelete
  5. Wah. Kagum sis... Pengalaman mcm ni sangat bernilai.=)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.