Advantura Pulang Ke Malaya | Books Review

Monday, May 16, 2016

Penulis: Badrul Hisham
Publisher: Dubook
ISBN: 978-9670723242



Lagi buku travelog yang aku berjaya baca dan akan review. Dah lama habis baca, tapi baru sekarang berkesempatan untuk review. Yeke? Ke sebab bertangguh? Haha. 
Well, seronok sangat baca travelog ni, buat mata berpinar-pinar dan imaginasi ligat membayangkan keseronokan dan keterujaan penulis mengembara!

Dengan berbekalkan RM8000, penulis berbasikal merentas 11000km mengejar impian untuk melihat dunia. Basikal kawan, bukannya kapal terbang ataupun kereta api laju. Perjalanan dari London ke Malaya selama 5 bulan dengan melalui 18 negara. Pergh! Ini memang berani mati orang kata. Namun dengan tekad dan azam yang kuat, penulis berjaya juga mencapai impian beliau. Berbasikal pulang ke Malaya, dan sudah pastinya dengan perancangan yang cukup rapi.

Banyak yang terjadi sepanjang perjalanan penulis yang boleh membuatkan hidung kau kembang kempis bila membacanya. Haha. Diceritakan juga bagaimana penulis dirompak dan si perompak tiba-tiba insaf. Hidayah Allah datang asbab dari beliau mungkin. Bertemu dengan gadis-gadis cantik yang menggugat jiwa dan raga. Bertemu dengan orang-orang yang baik dan tak kurang juga orang-orang yang pelik. -..- 
Aku lebih rela mengejar impian dari pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari daripada kerja ofis orang dari 8 pagi hingga 5 petang sampai mati.
Basikalnya beberapa kali juga rosak sepanjang pengembaraan berjarak 11000km itu. Tapi, dengan kecekalan hati penulis, perjalanan tetap diteruskan. Orang yang berjaya itu tak kenal rasa putus asa kan? Kalaupun kau jatuh, kau pastikan bangkit kembali!

Buku ini juga disertakan banyak gambar penulis di tempat-tempat yang beliau berjaya jejaki. Seronok untuk orang yang jenis cepat bosan bila tengok tulisan je. Part ending dia bila penulis sampai ke Malaysia disambut oleh ahli keluarga dan wartawan, aku rasa macam nak menangis sebab teruja sangat! Kau tahu, satu perasaan yang kita dapat bila impian kita tercapai lepas segala penat-lelah yang kita lalui. Semua penat lelah tu terbayar dan akan bertukar dengan perasaan yang tak boleh nak diekspresikan dengan kata-kata mahupun tulisan! It's magic and beautiful feeling. :')

Pendek kata, buku ni sangat superb dan anda terutamanya pencenta kembara wajib baca! Tapi, kalau tak baca tak haram ok? :p

Lalu, apa impian kamu dan juga aku. Dan, apa usaha kita untuk mencapainya? 
Ganbatte kudasai, minna san!

#HappyTeachersDay #TerimaKasihBuatSemuaCikgu

You Might Also Like

18 comments

  1. untungnya....jelesnya lahai....

    ReplyDelete
  2. Wahhhh review yang menarik ! Bila da terbaca review wak ni, terus saya simpan dalam list buku nak beli.. Saya suka cerita travelog mcm ni,adventure dan super inspirasi (♥.♥)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn?! Blh jadi sumber inspirasi. :)

      Delete
  3. Mcm tahu tah je tgh cari review utk buku niih .. :D terima kasih utk reviewnyaaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh. Yeke? Jodoh kah? Hihi >_<

      Delete
  4. Nampak menarik. Kena cari jugak buku ni

    ReplyDelete
  5. salam yana pun suka baca buku travelog ni! .. nanti nak cari lah terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku travelog memang the best kan.. Hehe

      Delete
  6. dulu pernah dengar org malaysia naik caravan dari london sampai ke malaysia. yg ni lagi power, kayuh basikal dari london sampai malaysia! baca review ni serious nampak best, saya mmng suka buku2 travelog macamni :D ok nnti nak beli, hehe. thanks for review!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknyaaa lahaii blh travel jauh2. :)

      Delete
  7. Wow! 18 buah negara??..Memang superb la dan kembali ke Malaya after 5 bulan..Masa yang agak singkat..Seriously..Baca apa Ana cakap pun dah macam teruja sangat dah..Bila baca tak tahu feeling macam mana kan..Mesti macam-macam feel ada.. :)

    ReplyDelete
  8. wow menariknya buku nih,pasti banyak cabaran yg dilaluinya

    ReplyDelete
  9. Pandai review, menarik bet, satu semangat yang kuat ni..

    ReplyDelete
  10. Baca review awak buatkan siqah nak cari dan baca buku ni. Tak pernah lagi baca buku mengenai kembara. Pasti kita pun mengembara sekali bersama buku tu :) Good review :)

    ReplyDelete
  11. books lover here!! ~,~.. sy pun dah lama xbuat book review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiiiii! Sep sikitt! Buatlaa, nanti saya blh baca. Hehe

      Delete
  12. selalunya orang cmni suka challange diri dia sndri.. mmg bagus tuk diri

    ReplyDelete
  13. menarik ni! nk pinjam boleh? ;-)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)