Sentapan di Kelas Pertama

Wednesday, February 17, 2016

Google
Pagi tadi kelas pertama kami untuk sem ni. Kelas yang berdurasi tiga jam dari pukul 10am sehingga 1pm. Memerlukan mujahadah yang sangat tinggi bagi aku yang mudah hilang fokus ni untuk terus dan terus fokus.

Dalam kelas, lecturer meminta kami memperkenalkan diri. Kemudian, beliau menanyakan perancangan masa depan kami. Final year lah katakan~
Surprisingly, kebanyakan dari kami tak tahu nak jawab apa. Termasuklah aku. Dan mengejutkan lagi sekali, hampir semua dari kami menjawab mungkin akan cari kerja. Kesatuan fikiran sungguh! Haha

Lepastu, lecturer kami pun cakaplah. Most of middle east students(beliau dari sana), bila ditanya perancangan masa depan akan cakap nak sambung belajar. Walaupun tanpa biasiswa!
See the difference?

Masa aku dengar lecturer aku cakap macamtu. Perghhh! Rasa macam dirobek2 hati ni. Hahah.
Konklusi dari aku, masyarakat sana sangat mencintai ilmu. Semangat untuk sambung belajar. Kita pulak, tak sabar2 nak habis belajar dan nak cari kerja.

Aku tak cakap kalau kau semangat nak kerja maksudnya kau tak cintakan ilmu. Tapi, bezanya tetap ada kan? Aku pun sebab nak backup diri sendiri terus cakap, kerja pun ilmu baru jugak. Kann? Haha

Tapi, semua tu bergantung pada diri sendirilah. Kalau kita memilih untuk kerja. Kerjalah dengan sebaiknya dan jika kita memilih untuk menyambung belajar, pun samalah buat yang terbaik! Fikirkan betul-betul mana yang terbaik untuk diri kita. Sama ada sambung belajar ataupun kerja. :)
If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you.
Cuma, harapanku. Sambung belajar atau kerja kita akan terus cintakan ilmu. Tidak kiralah ilmu agama mahupun ilmu duniawi. Ilmu Allah tu kan luas.
Jom tuntut ilmu! ;)


You Might Also Like

18 comments

  1. Assalamualaikum Ana,

    Pada pendapat sis, semua org cintakan ilmu tp mungkin keadaan setiap org x sama.. Contoh dari segi ekonomi. Mgkn ada antara pelajar dari keluarga kurang berkemampuan jadi terpaksa cari kerja slps habis belajar. Jadi kalau ingin terus belajar mgkn blh buat part time.. Janji ada kesungguhan.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam sis,

      Betul jugaktu. Memang ada sorang kawan saya tu dia cakap ayah dia memang suruh dia kerja lepas habis degree sebab keluarga dorang bukanlah keluarga senang dan dia pun anak sulung.

      Delete
  2. ada pro and con kalau nak sambung belajar atau kerja terus :) fikirlah yg mana baik untuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, dah lama sangat dah saya ni duk pikir. Still confuse. Harhar :3

      Delete
  3. haha inilah yg ada dalam fikiran sy tp x tahu mcm mana nak luahkan.. apapun semuanya dari kita ja ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sampai tak terluah tuu. Dahsyat sangat. :P

      Delete
  4. Ilmu Allah kan meluas. Hihi :)

    ReplyDelete
  5. Belajar - bekerja atau bekerja-belajar...apa yang penting kedua duanya lakukan denfan niat ibadah kerana Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Betulkan niat yg paling utama. :)

      Delete
  6. Akak setuju dengan Ana dan quote tu... :)

    ReplyDelete
  7. salam ! :)
    masing masing ada pendapat masing masing dan ada sebab tersendiri , just raikan :)
    saya tag awak http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my/2016/02/25-things-that-make-me-happy.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam..
      Kann? Well, thanks for the tag! Hehe

      Delete
  8. huhu terasa disitu bila disebut pasal middle east student ;D

    ReplyDelete
  9. betul hehehee haritu ada foreigner buat speech dkt depan ehhe.
    dia kata, tahu tak dkt sana takde duit nak belajar? sebab tu diorang gi uia sbb murah. murah sangat kalau nak compare. nak ilmu tu gegila ah. huhu sentap T_T

    belajar krn allah and to serve humanity nantiiiii! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Osemlaa dorang.
      Harap kita bukan blajar sebab nak sijil je. Kadang susah jugak nak tukar mindset nih. :P

      Delete
  10. Nak cari ilmu perlukan kesabaran, pengorbanan yang paling tinggi. Dan sebenarnyakan dunia ilmu lg best dr dunia kerja :D

    ReplyDelete
  11. buat pilihan yang terbaik ye ^^

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)