Kelmarin aku sempat ke Kota Bharu area Medan Ilmu. Orang Kelantan pasti tau Medan Ilmu ni sebab setiap hari Jumaat, kat sini memang meriah. Dengan ceramahnya, dengan banyak gerainya. :)

Pegi sana, aku jalan-jalan nak usya gerai. Sambil usya2 tu, aku terjumpa wall art street. Aku tak tau pun kat sini pun ada art street sebenarnya. Dan, yang specialnya sebab dia art pasal Palestine.

Aku tunjukkan kat sini beberapa gambar yang aku jumpa. Rasanya ada lagi kat lorong2 lain dan ada jugak yang tertutup oleh gerai-gerai kat situ.



Cukup sayu bila tengok lukisan ni.
Tentera al-qassam!
Pray for Palestine.

Ya Allah, selamatkanlah Palestine.
Selamatkanlah Syria.
Selamatkanlah Perancis.
Selamatkanlah Malaysia.
Selamatkanlah semua negara yang ditimpa bencana mahupun musibah.
Serangan bom mahupun serangan ideologi.
Amiin.

Semoga dengan sedikit paparan lukisan ini, mengingatkan kita kepada saudara-saudara kita yang sedang berjuang demi kalimah Lailaha illallah.
Keep praying.
:'(