Saya: "Teruk jugok jerebu hari nih."
         Abah: "Jerebu teruk2 ni petando nok kiamat doh."

Begitulah perbualan kami di dalam kereta pagi tadi.

Saya terdiam. Diam dan berfikir. 
Betapa kita kadang-kadang terleka. Membuat dosa seolah-olah tiada noktah.

Astaghfirullah.
Ampuni hambaMu ini ya Allah.

Ketika inilah, erti nikmat itu disedari.
Nikmat yang jarang sekali kita syukuri.
Nikmat udara yang segar.
Diberi percuma oleh Allah yang rahman.
Maha Pemurah kepada semua hambaNya.
Tidak mengira hamba yang beriman ataupun tidak.



Namun, malangnya.
Masih ada manusia yang bongkak.
Sudahlah tidak tau bersyukur, hebat pulak mengeji bila ditimpa musibah.

Cukuplah.
Ujian ini untuk menguatkan kita.
Berhentilah mengeluh.



Ayuh, bertaubatlah!
Dekatkan diri dengan Allah.
Tidak kira masa dan waktu.
Ketika ditimpa musibah mahupun dilimpahi nikmat.
Jangan menunggu sehingga mentari terbit dari barat. 
Kerana tika itu, pintu taubat sudahpun tertutup.

Nota: Jaga iman, jaga kesihatan. :)