Jom hiking di Bukit Keluang!


Alhamdulillah. Berpeluang lagi untuk mentadabbur alam. 
Kali ni di daerah Besut Terengganu. Bukit Kluang. ;)
Kali ini, kembara aku masih berempat. Tapi, ahlinya berbeza dengan kembaraku semasa di Pulau Perhentian.

Aku ke sana bersama-sama adikku, Hanun dan Cula. Hanun dan Cula merupakan sahabatku semasa di sekolah menengah dahulu. Perancangan ini dibuat adalah kerana aku dan Cula ditakdirkan dapat praktikal di tempat yang sama. Kami kemudiannya turut mengajak Hanun bersama-sama ke Bukit Kluang kerana kami tahu bahawa Hanun juga sedang praktikal di Kelantan.

HAHA. Feeling-feeling menulis travelog gituu. ;)

Aku dan adik bertolak dari rumah seawal 7.15 pagi. Kemudian, kami berjumpa di masjid Machang dan meneruskan perjalanan ke Bukit Kluang lebih kurang pukul lapan. 

Pakai selipar je adik aku. -..-
"Dengan bismillah..
Pejuang melangkah gagah.
Berpaksi ikrar lafaz syahadah.."
Sebelum memulakan pendakian, sempat jugak kami bergambar di pantai. Kemudiannya, kami bertanya kepada orang tempatan tentang arah untuk memulakan pendakian ke Bukit Kluang. HAHA. Sebab pergi nak mendaki, tapi tak tau kat mana nak start. :P

Habis tangga ni, jauh lagi perjalanan. And, no more tangga ye!
Kami naik ikut tangga ni. Tangga ni sangat curam. Baru naik berapa tangga, dah boleh rasa lenguh kaki. Maybe kalau abam dan akak taff oke jer kutt! 

Lepas naik tangga ni, kami dah berhenti berehat dah. Adeh! -..-
Jumpa orang-orang lain yang dah nak turun, ada yang cakap.

         "Eh, dah penat ke? Tak sampai suku perjalanan pun lagi..."

Perghhh! Memang benar apa yang mereka katakan. Pendakian lepastu memang boleh tahan lama jugak. Berapa kali kami sempat berhenti berehat. Tiba-tiba jadi lapar nasik kat atas tu. HAHA

Dan, kami pun sampai!!

Subhanallah.. 
*smile with teary eyes*

nice view kan.. :)
Ouh! Lupa nak bagitau. Sampai kat puncak tu, kami rehat dulu sebenarnya. Punyalaa lama rehatnya. Hilang penat,baru memulakan sesi photoshoot.

Gambar fresh dari kamera. Malas nak edit.
Make sure sentiasa berhati-hati untuk ambik gambar. Jangan excited sangat sampai terlupa pasal keselamatan diri dan kawan-kawan. Tinggi tuu awak! ;)

Adik.
Wajib cari papan tanda ni kalau naik Bukit Kluang. Selagi tak jumpa, jangan turun oke! Hehe
Siap bergambar, kami turun dari bukit ikut jalan lain pulak. Rasa macam kejap je bila turun tuu. :D

Turun dari Bukit Kluang, kami terus ke KB Mall sebab petang tu Hanun ada meeting di IPG. Kami jalan-jalan cari makanlaa kat sana. Perut dah lapar sangat kann. 

Cheese Spring Noodle(Smoked Turkey) @Noodle Station. Bestt!! ^_^
Semestinya, untuk peminat cheese sahaja! Lepas makan, window shopping kejap. Pulang!!
Alhamdulillah. Moga berpeluang lagi untuk ke Bukit Kluang.

Cula dah serikk dah. Taknak naik bukit dah dia kata. :P

*Friendship and sister bonding increase*

p/s: Selamat Hari Malaysia untuk esok! Yeayyy! Cuti!! ^_^



Post a Comment

6 Comments

  1. eh.. kampung saya nih.. heeheh sy pun dh lama xdaki bukit keluang.. xde geng nak daki.. huhuhu cantikkan dkt sana.. :)


    follow sini.. ^-^v

    ReplyDelete
  2. @Ahlam Miera Shafie
    Wah, kampung sana ke?
    Sangat cantekk! :D

    ReplyDelete
  3. Cantik nya dr pandangan atas..subhanaAllah..

    Ruby xtahu pulak ade bukit yg boleh panjat..tapi ruby pernah p pantai bkt keluang ni..cantiknya pantainya..

    ReplyDelete
  4. @rubiah kadir
    Bukit tuu masa saya mula2 pegi tak jumpa jugak. Kena tanyak makcik yang menjual kat sana. Hehe :D

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.