Kenapa Imam Menangis

Sunday, July 05, 2015


Assalamualaikum.
Hi everyone~ :)

Tadi, aku tengok Salam Muslim. Dah nak habis daa. Dalam sepuluh minit je kut sempatnya. 

Ceghitanya begini:

Ada seorang muallaf ni (dah lupa nama) dia ceritalaa kat dalam rancangan tu. Kita guna nama Muhammad laa ye. ;)

Muhammad: Ustaz, kenapa imam solat ni boleh baca quran sampai nangis-nangis. Kita tak rasa apa pun.
Ustaz: Sebab dia paham makna apa yang dia baca tu.
Muhammad: Saya rasa rugi sangat tak mampu nak rasa sampai tahap tu bila baca quran. Tak tahu apa yang Allah nak sampaikan dalam ayat-ayat suci al-Quran tu.


Jadi, ustaz pesan agar kita semua umat islam kalau yang tak paham bahasa Arab ni. Bacalah terjemahannya. Terjemahan beza dengan tafsir tau. Kalau nak tafsir, bergurulah. Jangan main ikut sebat je kita tafsir pakai logik dan fikiran kita. Nanti haru-biru pulak jadinya.

Ustaz cakap lagi, kita ni mungkin dah banyak kali khatam baca al-Quran. Tapi, apa kata kali ni kita berusaha untuk khatam terjemahan al-Quran pulak. In shaa Allah, sama-sama kita cuba paham al-Quran. 

Kalau seorang muallaf yang baru mengenal Islam pun dah rasa rugi tak paham al-Quran, kita yang dah lama hidup sebagai Muslim dan selalu baca quran ni takkan tak rasa apa-apa bila tak paham al-Quran.

Allah.. Sungguh, aku tertusuk-tusuk bila tengok rancangan tuh tadi.

Pesan seorang sahabat aku,

Jangan berkejaran kepada kuantiti tetapi kejarlah pada kualiti (baca 30 juzu' tetapi makhrajnya tajwidnya tadabburnya tiada)
Betul, walau kita buat tak banyak macam orang lain. Tapi, berusahalah untuk buat sehabis baik!
Salam nuzul Quran. dah terlambat sehari. -..-

You Might Also Like

5 comments

  1. Akak setuju..yg penting kualiti bukan kuantiti..

    ReplyDelete
  2. buat sekadar y kita mampu tapi dlm mase y sme terus berusaha untk belajar n buat y lebih baik. Allah suka amalan y sedikit tapi istiqomah..

    “Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    just lets us keep going n keep learning..

    ReplyDelete
  3. agree..slalu tgk kat tv siaran langsung solat terawih kat mekah, imam baca surah sampai nanges2x..sedih & sebak sgt. Sebaiknya2 tym baca quran tu kena baca maksudnya jugak. Indah sgt maksud ayat2 suci Allah..

    ReplyDelete
  4. @PeRdU cINta
    Kannn. Kuantiti tu in shaa Allah kita tingkatkan dari semasa ke semasa. :)

    ReplyDelete
  5. @fifie feyca
    Wah. Tq for the sharing!
    In shaa Allah, semoga kita terus istiqamah. :)

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)