16 Ramadhan 1436

Friday, July 03, 2015

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, sudah 16 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar kita dah pun berada di pertengahan Ramadhan. 
Jadi, bagaimana dengan amalan kita? Azam Ramadhan kita? Adakah sudah tertunai ataupun kita dah mula mengatakan 'Ah, buat Ramadhan tahun depan sajalah.'
Jangan begitu sahabat, tahun depan belum tentu masih ada buat kita. Ajal dan maut itu rahsia Allah. Bila-bila masa sahaja kita bakal dijemputNya.
Fasa Kedua (Fasa Pengampunan)


Ya. Sekarang kita sedang berada pada fasa pengampunan dan kemaafan. Banyakkanlah berdoa kepada Allah agar segala dosa kita dan seluruh umat Islam diampunkan olehNya. :')

Saya faham, makin bertambahnya Ramadhan bermaksud Syawal juga makin mendekati. Namun, jangan disebabkan keghairahan kita untuk menyambut Syawal menyebabkan kita mengabaikan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tidak bermakna apabila kita melakukan ibadah, persiapan raya pula perlu diabaikan. Tidak! Uruskanlah dengan baik. Seimbangkan kedua-duanya. Pentingkan mana yang lebih penting.

Apapun, semoga kita terus bersemangat untuk Ramadhan kali ini. Jangan hanya bersemangat di awal bulan sahaja. Okeh?
Next fasa, kita nak memburu Lailatul Qadar pulak!

You Might Also Like

0 comments

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)