Buku Manual Kehidupan..

Friday, December 30, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.k..

Kalau kita beli kereta atupun sesuatu mesin sudah tentu kita akan diberikan satu buku manual ataupun buku panduan untuk menggunakan dan menjaganya..Maknanya,kita kena jaga kereta tu ikut panduan buku tu..Kita xboleh main redah jer..Kalau kita tak ikut panduan buku manual tu,sudah tentu kereta kita akan cepat rosak.

Itu kalau cerita kereta..
Kalau cerita pasal kita sebagai seorang manusia juga merangkap seorang khalifah di muka bumi ini macam mana??
Kita juga ada buku manual untuk kehidupan..Tak lain tak bukan adalah Al-Quran yang mulia dan meliputi seluruh aspek kehidupan kita..

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)


jangan kita pisahkan kehidupan dengan al-Quran

Jom kita sama2 perbanyakkan membaca dan mentadabbur al-Quran..Jangan membiarkan ia usang dimamah usia..Al-Quran dapat membantu kita di dunia dan di akhirat sana..

Andai al-Quran mampu berkata2:

Waktu kau masih anak2,kau bagai teman sejatiku..
dengan wudhuk kau sentuhku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras..
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah aku bacaan usang?
Yang tinggal sejarah?
Sekarang kau simpan aku dengan rapi.
Kau biarkan aku sendiri,menjadi kusam dalam almari..
Berlapis debu,dimakan kutu..
Kumohon peganglah aku setiap hari,kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu..

 Beramallah dengan al-Quran..Jangan hanya belajar saja tapi tidak mengamalkannya kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.Hanya sia2..Naudzubillah..
Kalau stress,jangan kita cari lagu atau benda lain.Kita cari al-Quran dulu ye..Kerana inilah cara yang terbaik.:-)

You Might Also Like

2 comments

  1. Insyaallah sama2 kita melakukan kebaikan dan sudah semestinya ia mesti bermula dari kita first.

    ReplyDelete
  2. @AL-QASSAM
    Insya Allah!!
    Yes,betul.Kita kena mulakan dulu.Jangan asyik brtangguh untuk melakukan sesuatu perkara yg baik..Moga kita trgolong dalam golongan yg soleh dan solehah.Amiin

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)