Ramadhan Kareem || Jom bercinta!!


Ramadhan Kareem || Jom bercinta!!

Assalamualaikum sahabat blogger yang saya kasihi sentiasa. Alhamdulillah, dah masuk Ramadhan dah kiteee.

Dan, malam ni dah pun masuk 2 Ramadhan. 
Macam mana puasa hari ni?
Macam mana terawih kita hari ni?
Macam mana tadarus AlQuran kita hari ni?
Macam mana solawat kita hari ni?
Macam mana amalan2 sunat kita yang lain hari ni?

Mudah-mudahan semuanya baik ye. Moga kualiti ibadah kita bertambah-tambah di bulan puasa ni. InshaAllah.

Saya baru balik terawih, takdelah baru sangat. Dekat sejam lebih dah balik. Masjid UIA nak dekat pukul 11 dah habis dah terawih dia. Hehe sebenarnya saya melepak dekat bawah ni. Tak naik bilik lagi, duduk dekat court badminton ni. Jangan risau kawasan wanita je, takde lelaki. Heheh.

Saja tengok bintang, sambil merenung mengingati kekasih hati. Ups!

Macam mana cara saya mengingat kekasih hati saya ni? Hmmm. Seganlah nak bagitauu. Hehe

Tapi, tetap nak bagitau jugak!
Caranya adalah...

Dengan bersolawat.

Haa, menarik tak?
Eh, sebenarnya kekasih saya ni kekasih awak jugak tau! Hehe kekasih saya tu adalah junjungan besar baginda Nabi Muhammad ï·º. Jom kita buktikan cinta kita dengan memperbanyakkan solawat ke ata baginda nabi ï·º.

Makin bertambah solawat, makin bertambah rindu. Makin bertambah rindu, makin bertambah cinta kita. InshaAllah.

Bila dah cinta, makin nak ikut cara baginda. Nak amalkan sunnah baginda. Dan, bila makin dekat dengan kekasih kita, Nabi Muhammad ï·º, makin dekatlah kita dengan Allah.

Kan Allah dah kata, sesiapa yang mengaku mencintai Allah, hendaklah mengikuti Nabi Muhammad ï·º. Haa, jadi memang perlulah untuk kita sentiasa mencintai dan mengikuti Rasulullah ï·º ni. Setuju?

Cinta Rasulullah ï·º, bukan sekadar di mulut je. Kita kena mencintai baginda ï·º melebihi cinta kita kepada ibu ayah dan jugak diri sendiri. Pokoknya, kena cintakan baginda ï·º melebihi cinta kita terhadap perkara lain.

Yes, tak mudah nak pupuk cinta ni. Sebab tulah kita kena terus usaha dan usaha untuk dapatkan cinta yang sebenar-benarnya ni.

Keep solawat!

Biar solawat tu tak putus kat mulut kita. Macam guru mulia kita, Syeikh Muhd Zainul Asri. Masya Allah, mulut beliau sentiasa basah dengan solawat. Sepanjang Syeikh bercakap, pasti akan diiringi dengan solawat. Syeikh cakap, kalau Syeikh tak solawat memang tak mai apa yang beliau nak sampaikan dekat muridnya tu. Allah..

Alang2 sebut pasal Syeikh, izinkan saya share amanat dari Syeikh untuk diamalkan pada bulan Ramadhan ini. Moga direzkikan untuk beramal dan istiqamah. Aamiin.


Okeylah, dah nak dekat 12.30 dah ni. Saya kena slow2 naik bilik dulu. Esok nak bangun sahur, nyamuk pun dah mula gigit2 saya ni. Memang tak puas kalau duk bawah langit tengok bintang ni. Hehe. 

Langit yang sama inilah yang kekasih kita, Rasulullah ï·º pandang 1400 tahun dahulu. Allahh. Rindunyaa.

Apapun, moga qasidah Diciptakan Untuk Mencintai yang saya alunkan sambil menikmati langit malam ini sampai terus kepada Rasulullah ï·º. Moga Rasulullah ï·º kenal dan mengaku bahawa saya dan jugak kalian ini termasuk dari kekasih baginda ï·º

Moga kita direzkikan untuk bertemu dengan baginda ï·º walau di dalam mimpi. Dan dapat berkumpul dengan baginda ï·º di jannatul firdaus kelak. Aamiin Allahumma aamiin.

12.28 am.
7/5/19.
Mahallah Safiyyah, IIUM.


Post a Comment

5 Comments

  1. ramadan kareem ana. selamat menjalani ibadah puasa. semoga amalan2 kita yang tak seberapa ni diangkat oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa awak :D

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri ana hehe

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.