Sesampainya Aku di UIA Terchenta..

Monday, April 15, 2019

Alhamdulillah, aku bertolak dari Penang ke KL Sentral malam semalam dalam pukui 12 malam. Kenapa lewat benar ya? Kerna aku nak suruh sampai dekat KL Sentral tu biar dah pagi yang tak terlalu awal. So, semalam aku sampai dalam pukul 4 lebih. Masih agak awal laa sebenarnya tu. Kena tunggu nak dekat sejam jugaklaa sebelum boleh masuk surau. Surau KL Sentral pulak bukak pukul 5.30 pagi. Hukhuk. 

Kemudian macam biasa, naik LRT sampai ke Gombak. Jauuuh perjalanan nak ke hujung Gombak sana. Lepastu naik bas Rapid bernombor T200 yang akan terus masuk UIA. Tu alhamdulillah bas boleh berhenti dekat KL Sentral, kalau berhenti dekat TBS lagi jenuh.

Sesampainya aku di UIA terchenta, dalam sepuluh minit nak pukul lapan. Aku terus pi jumpa kawan aku Marjan nak gerak ke majlis Talaqqi Kitab Aqidah Ahli Iman yang disampaikan oleh Ustaz Ayman Al-Akiti. Ada yang kenal tak? Kalau tak kenal, mungkin kalian kenal abang ustaz, Prof Afifi Al-Akiti. Kan, betui dak? Hebaat sangat, masha Allah dua beradik ni. Ustaz Ayman walaupun masih muda tapi, ilmunya sangat tinggi. Guru kami yang dah berumur pun mengakui kealiman Ustaz Ayman ni. Btw, majlis pagi semalam ni special sikit sebab majlis khatam (penghabisan kitab) dan ada pengijazahan sanad.

Sebenarnya, aku hanya berkesempatan ikut pengajian ni masa majlis first dengan last je kalau tak silap aku. Namun, mudah-mudahan aku juga mendapat barokah dari kitab ini dan juga dari guru-guru kami yang sanadnya bersambung kepada Rasulullah ﷺ. Mudah-mudahan ilmu yang kami peroleh dapat diamalkan dan menjadi ilmu yang bermanfaat. 

Sesampainya Aku di UIA Terchenta..

Sesampainya Aku di UIA Terchenta..

Majlis selesai dalam pukul 10 lebih lagi, tapi lepastu ada makan-makan dan kemas-kemas sembang sikit, jadilah nak dekat pukul 12 baru balik bilik. Lepas bersiap-siap dekat bilik, tak sempat tido kami pecut pergi keluar UIA dekat Al-Amin Centre, Ukay Perdana. Ada kuliyyah zohor dari Syeikh Zainul Asri yang sangat kami cintai. Syeikh datang jauh dari Kedah ke tempat kami, mestilah kami seronok sangat. Dah lama sangat tak jumpa Syeikh. Allah, dapat dengar kalam beliau walaupun hanya dalam masa sejam sangatlah berharga. Syeikh bukak kitab hikam dan last sekali Syeikh bagi amanah untuk buat amalan di bulan Ramadhan nanti. 

Syeikh pesan sambut Ramadhan nanti kalau boleh biar dekat rumah Allah. Tunggu dalam keadaan berwudhuk dalam sejam ke setengah jam ke sebelum maghrib. Buatlah amal ibadah waktu tu. Ngaji Quran, zikir, solawat. Kalau boleh biar sampai menangis nak sambut ramadhan nanti. Kalau mula Ramadhan dengan cahaya, inshaAllah penhujung nanti pun akan bercahaya. 

Sesampainya Aku di UIA Terchenta..

Wallahi, tak puas dengar. Kata-kata yang menusuk sampai ke jantung hati sanubari. Tak pernah tak nangis kalau jumpa dan dengar kuliah Syeikh depan-depan. Kalau dengar kat YouTube lain sikitlah feel dia. Barokah majlis pun kita tak dapat kalau mengaji dekat YouTube. Sebab tulah kita disuruh untuk hadir majlis ilmu ataupun dikenali sebagai taman-taman syurga di dunia ni. Tak percaya cuba pergi, mesti kita akan rasa ketenangan yang luar biasa. Sebab banyak rahmat Allah turun waktu dalam majlis ilmu ni. Bukan kita je hadir, para malaikat pun turut hadir sama tau. :)

Lagi satu hikmah hadir majlis ilmu, dapatlah kita berkumpul bersama para alim-ulama' dan orang-orang soleh. Mudah-mudahan bila kita selalu berkumpul dengan mereka di dunia, dekat akhirat nanti pun kita dapat jugak berkumpul bersama-sama mereka. Menumpang barokah dari orang-orang soleh.

Last but not least, habis je majlis Syeikh semestinya makan-makan lagi. Kami tumpang solat Asar kat situ terus sebelum kami gerak ke Secret Recipe. Ehh, nak makan lagi ke? Taklah, cerita sebenar adalah sebab kami nak ambik tempahan kek untuk guru mulia kami, Ustaz Abdullah Thohir حَفِظَهُ اللهُ تعالى. Kek ni kami tempah bersempena dengan khatamnya kitab muhimmah yang kami selalu pi mengaji hujung-hujung minggu kat rumah ustaz. 


Sambil makan kek sambil ustaz share pasal amalan-amalan di malam nisfu Sya'ban. Banyak amaln ni, tingggal kita nak buat ke tak je. Uhukkk!

Kedatangan kami ke rumah ustaz jugak asalnya adalah sebab ustaz yang ajak kami ziarah sempena ustaz baru balik dari umrah. Jadi dapatlah jugak kami merasa air zam zam dan jugak kurma ajwa dari bumi barokah Madinah. Alhamdulillah alhamdulillah.


"Lepas asar tadi lebih kurang 25 orang muslimat Majlis Ta'lim anNur UIAM datang ziarah. Bawa kek kesukaan hamba, sempena meraikan majlis khataman kitab MUHIMMAH. Lebih kurang 3 tahun talaqqi kitab tersebut. Alhamdulillah. Bekal buat mereka yang bakal berumahtangga nanti. Terima kasih semua. Kalian sentiasa di dalam doa ustaz."

Ustaz update status whatsapp macam tu. terharu sangat rasa. Betapa besarnya dan berharganya nilai bagi seorang murid, bila guru-guru mendoakan mereka.
Lau la murabbi, ma 'araftu Rabbi.
"Kalau bukan kerana guruku, tidak akan aku mengenali Tuhanku"
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Tiadalah yang layak menerima pujian ini melainkan Allah swt. Betapa besar nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Dapat bertemu tiga orang guru yang kami cukup kasihi dalam masa satu hari. Allah.. Terima kasih ya Allah. :")

You Might Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah sampai jugak tp 4 lebih tu pun masih awal pg. hehehe
    bestnya lama xmkn kek SR, dh nk puasa ni boleh mkn kurma hari2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Sabar jerlaa, kena duk sorang2 dekat KL Sentral tu sambil tunggu surau bukak. Kalau ada kawan, boleh jgk sembang2. Hehe

      Yeayyy, dah nak puasaaa. :D

      Delete
  2. tak sabar nk sambut Ramadan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangaaaat. Mudah-mudahan kita dapat sampai ke bulan Ramadhan dan bertemu dengan malam lailatul qodar. :)

      Delete
  3. ALHAMDULILLAH SEMPURNA MAJLISNYA

    ReplyDelete
  4. best nya daapt kutip ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Best best best! Hehe

      Delete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)