Manusia asalnya daripada tanah,
Makan hasil tanah,
Berdiri atas tanah,
Akan kembali ke tanah.
Kenapa masih bersifat langit?
-HAMKA
Pelikkan manusia?
Padahal mereka tahu yang asal mereka itu daripada tanah. Mereka juga tahu yang lambat atau cepat, mereka akan kembali ke tanah. Tapi, tetap juga memilih untuk kekal bersifat langit!
Pelikkan manusia?
Mereka tahu yang mereka itu hamba Allah. Diciptakan oleh Allah dan kembali pun nanti kepada Allah. Tapi, tetap juga berdegil dan keras kepala dari mentaati perintah Allah. Masih tetap dengan sikap sombongnya.
Ya, manusia itu kita. Kau dan juga aku.
Setiap manusia itu adalah hamba. Hamba kepada Allah, sang Pencipta.
Namapun sudah hamba. Apa kau masih ingin menunjukkan sikap sombongmu itu? Tidak cukupkah kau belajar dari peristiwa iblis yang dihalau dari syurga dan dilaknat itu.
"Terus, bagaimana? Setiap kali aku melakukan kebaikan, ada sahaja yang menghalang. Ada sahaja ajakan untuk aku kembali melakukan kemungkaran?"
Apa kau fikir mujahadah itu mudah?
Apa kau fikir syurga itu percuma?
Apa kau fikir musuh-musuh islam akan gembira melihatmu mendekat kepada Pencipta?
Bangkitlah!
Sedarlah!
Bukan hanya kau yang diuji dengan perkara itu. Bahkan ummat terdahulu juga turut diuji dengan pelbagai ujian. Mungkin lebih perit dan parah berbanding dirimu. Jika kau benar ingin mendekatkan diri kepadaNya, kau pasti akan bisa menghadapinya. :)
Dan, ingatlah. Di akhirnya, kau masih lagi tetap hamba. Hamba yang tidak pernah pasti apa yang terbaik untuk dirinya. Hamba yang cuma punya ilmu dan pengetahuan yang terbatas. Hamba yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Sekuat apapun kau mencuba, pasti ada waktunya kau akan rebah. Namun, itu tidak bererti bahawa Allah itu tidak kasih kepadamu. Ingatlah, rahmat dan kasih sayang Allah itu melebihi kasihnya seorang ibu terhadap anak.
Tidak mengapa jika kau sudah jauh tersasar.
Tidak mengapa jika kau pernah terhanyut dengan duniawi.
Ayuh!
Kembalilah kepada Penciptamu.
Kembalilah kepada fitrahmu.
Allah itu cintakan hambaNya yang mahu bertaubat.
Kau dilahirkan dalam keadaan suci.
Bebas dari dosa dan noda.
Pasti, kau mahu kembali dalam keadaan yang sama bukan?
Kembali dalam keadaan yang Allah redha denganmu.
Kembali dengan jiwa yang penuh ketenangan.
Allah.. Allah..
Moga jannatul firdaus milik kita semua.
Amiin. :')
Penang.
10 April 2019.
3.26 pm.
10 Comments
paling sedih ada yang mengaku Tuhan...
ReplyDeleteNaudzubillah. Belajarlah kita daripada kisah Firaun yang mengaku sebagai tuhan. Huhu
DeleteAamiin..aamiin.Moga terhindar daripada melangit..
ReplyDeleteAamiin Allahumma aamiin. :')
DeleteKembalimu ke tanah jua
ReplyDeleteya kadang kita juga lupa... terima kasih untuk ingatan
ReplyDeleteSemoga kita terhindar dari sifat sombong dan bongkak...
ReplyDeleteMOGA JIWA MERENDAH BERSIFAT TANAH
ReplyDeletekita sbg hambaNya mestilah menyembahNya. buat apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang..
ReplyDeleteMalangnya masih ada yang bersikap menongkat langit..
ReplyDeleteSemoga kita semua terhindar dari sifat sombong..
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.